ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Februari 2019
Dikemaskini Pada: 2/28/2019
Pada 22 Februari 2019, seramai 20 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dan 2 orang pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan UNISZA telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pengimejan Perubatan, PPUM. Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan pendedahan berkaitan perkhidmatan perubatan nuklear di PPUM. Diharap jalinan kerjasama ini akan diteruskan dimasa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 2/27/2019
Pada 26 Februari 2019, Fakulti Farmasi dari Surabaya Indonesia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Farmasi PPUM. Turut hadir ialah En. Mohamed Noor Bin Ramli, Ketua Jabatan Farmasi dalam menyampaikan pengenalan berkaitan Jabatan Farmasi di PPUM.
...Dikemaskini Pada: 2/27/2019
Terima kasih diucapkan kepada Sinar FM atas kesudian untuk melawat Wad Pediatrik PPUM bersama pengacara radio Jep, Rahim dan Angah. Lawatan ini sedikit sebanyak telah mengukir senyuman para pesakit serta staf di Wad Pediatrik PPUM. Semoga lawatan amal ini akan dapat diteruskan lagi bersama di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 2/26/2019
Date : 7th March 2019
Time : 8.30 am - 5.45 pm
Venue : Hotel Istana, Kuala Lumpur
Click here fore more info...
...Dikemaskini Pada: 2/26/2019
Pada 25 Februari 2019, PPUM dan Novotech (Malaysia) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi mempertingkatkan bilangan penyelidikan klinikal serta mempereratkan hubungan untuk meneruskan kerjasama bagi semua fasa (Fasa 1 -IV) penyelidikan.
Penyelidikan ini adalah kerjasama dengan Jabatan Penyelidikan Klinikal (CIC) sebagai (Site Management Organisation, SMO) menyediakan fasiliti berteknologi tinggi yang dikawalselia mengikut standard antarabangsa, mempunyai pakar klinikal yang amat berpengalaman dalam bidang terapeutik untuk menjalankan percubaan klinikal yang berkualiti tinggi dan melindungi hak dan kebajikan subjek yang menyertainya.
...Dikemaskini Pada: 2/22/2019
Tarikh : 20 Mac 2019 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Sekapur Sireh, Tingkat 1 Bangunan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Klik disini untuk maklumat lanjut...
...Dikemaskini Pada: 2/15/2019
Lokasi : The Everly Putrajaya
Tarikh : 02 - 04 Ogos 2019
klik disini untuk maklumat lanjut...
...Dikemaskini Pada: 2/14/2019
Pada 14 Februari 2019, PPUKM telah mengadakan lawatan penanda aras dan pelaksanaan Sistem Penjadualan Atas Panggilan (On Call) dan Sistem Tuntutan Elaun Atas Panggilan (On Call) di PPUM. Lawatan ini diketuai oleh Puan Rohaya binti Ismail, Pegawai Tadbir, Jabatan Sumber Manusia, PPUKM dan turut serta di dalam lawatan adalah 28 pegawai dari Jabatan Pendaftar, Jabatan Kewangan dan Jabatan Teknologi Maklumat yang menguruskan urusan On Call di PPUKM. En. Khairul Anuar bin Yahya, Ketua, Jabatan Sumber Manusia telah memberi taklimat kepada pelawat mengenai sistem yang dilaksanakan di PPUM. Semoga sesi lawatan ini memberi manfaat dan idea serta pandangan yang positif terutamanya di dalam meningkatkan dan menambahbaik penggunaan sistem mengenai Pengurusan Sumber Manusia di PPUM dan PPUKM.
...Dikemaskini Pada: 2/14/2019
Terima kasih diucapkan pada Genting Malaysia Berhad kerana sudi mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik PPUM pada 14 Februari 2019 dengan memberikan lebih 100 cenderahati kepada pesakit di wad 8PA, 8B, 7PA, 6PB dan 5PB. Jelas kelihatan lawatan ini sedikit sebanyak memberi senyuman kepada para pesakit di samping menghiburkan hati mereka dengan kehadiran para sukarelawan yang hadir. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 2/14/2019
Date : 30th - 31st March 2019
Venue : Conference Room 2, Level 13, Menara Selatan, University Malaya Medical Centre
Time : 8:00am - 5:00pm
Click here for more info
...Dikemaskini Pada: 2/7/2019
Pada 4 Februari 2019, Jabatan Pengimejan Bioperubatan telah menerima 15 orang pelawat yang terdiri dari Ketua Jabatan dan para pensyarah dari Departemen Fizika, Univesitas Diponegoro, Jawa Tengah, Indonesia. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk membincangkan potensi kerjasama penyelidikan dan pertukaran pelajar/kakitangan di antara kedua buah Universiti. Taklimat berkenaan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan telah disampikan oleh Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Ketua Unit Pengantarabangsaan, Fakulti Perubatan. Disamping itu mereka juga dibawa melawat beberapa kemudahan berkaitan Pengimejan Bioperubatan yang terdapat di PPUM.
...Dikemaskini Pada: 2/4/2019
Adalah dimaklumkan bahawa PPUM sedang di dalam proses penyelenggaran dan menambahbaik sengkuap (unjuran) bumbung sedia ada di Bangunan Menara Timur pada 3 Februari 2019. Lokasi tersebut telah ditutup kepada orang awam untuk kerja-kerja tersebut. Walaubagaimanapun semasa kerja-kerja dijalankan, sengkuap (unjuran) bumbung tersebut telah terjatuh. Kejadian berlaku semasa hujan lebat dan ribut iaitu lebih kurang pada jam 3.45 petang. Kontraktor telah menjalankan kerja-kerja pembersihan pada hari yang sama. Tiada sebarang kecederaan kepada orang awam dan perkhidmatan di Bangunan Menara Timur beroperasi seperti biasa manakala bumbung tersebut akan dibaiki semula secepat mungkin.
Ketua
...Jabatan Perhubungan Korporat
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Dikemaskini Pada: 2/4/2019
PERMOHONAN DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI JAWATAN-JAWATAN BERIKUT:
Profesional & Pengurusan
Jurutera (Elektrik) J41
Pelaksana
Penolong Jurutera (Elektrik) JA29
Juruteknologi Makmal Perubatan U29
Juruteknik Perubatan U19
Pembantu Kemahiran (Awam) H19
Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19
Pemandu Kenderaan H11
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
PERMOHONAN
...Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Februari 2019. Sila layari laman sesawang http://spj.ummc.edu.my untuk keterangan lanjut.
Arkib