ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
April 2019
Dikemaskini Pada: 4/30/2019
Terima kasih diucapkan kepada Surau Al-Barakah dari Bank Rakyat yang sudi hadir ke Wad 12U PPUM dengan memberikan sumbangan berbentuk 5 unit kerusi roda serta goodies bag untuk pesakit. Semoga amalan lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 4/30/2019
Pada hari ini pihak Pemangkin PPUM telah mengadakan Sambutan Ambang Ramadhan Peringkat PPUM secara besar besaran bertempat di Auditorium Menara Selatan bertemakan “Time To Recharge”. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPUM Y.M Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin. Sinonim dengan konsep majlis ilmu, pihak Pemangkin telah menjemput panel-panel hebat bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini.
...Dikemaskini Pada: 4/25/2019
Pada 17 April 2019, PPUM dan Renji Hospital yang bergabung dengan Shanghai Jiao Tong University School of Medicine telah menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi penempatan klinikal untuk melatih pakar-pakar perubatan dan staf sokongan klinikal PPUM untuk memulakan perkhidmatan pemindahan hati terutamanya pesakit pediatrik di PPUM. Bagi pihak PPUM, perjanjian telah ditandatangani oleh YM Prof. Tunku Kamarul bin Tunku Zainal Abidin, Pengarah PPUM manakala Renji Hospital oleh Prof.Li Weiping, Presiden Renji Hospital. Diharap penempatan klinikal ini akan menambah kepakaran PPUM di dalam perkhidmatan pembedahan bagi pesakit pediatrik yang mengalami masalah hati (hepatobiary) dan tidak perlu lagi dirujuk ke luar negara.
...Dikemaskini Pada: 4/24/2019
Pagi ini telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001: 2015 PPUM tahun 2019 oleh Sirim Qas International Sdn.Bhd. Tujuan Sesi Audit ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kebolehan organisasi didalam memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan sebagai hospital pengajar yang terulung.
...Dikemaskini Pada: 4/23/2019
Date : 02 May 2019
Time : 8:00 am - 05:00 pm
Venue : Concourse, Menara Utama, UMMC
Click link for more info :
Event Flyer
Public Forum Flyer
Asthma Update Flyer...
Dikemaskini Pada: 4/22/2019
Lawatan Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan, Jenderal Achmad Yani (STIKes) Cimahi, Bandung, Indonesia
...Dikemaskini Pada: 4/22/2019
Ucapan Tahniah di atas Pencapaian Anugerah Emas dan Anugerah Team Excellence Muda Terbaik di Konvensyen Mini Team Excellence (MTEx) 2019 Wilayah Tengah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) dari Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan di atas kejayaan merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Team Excellence Muda Terbaik di Konvensyen Mini Team Excellence (MTEx) 2019 - Wilayah Tengah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah berlangsung pada 18 April 2019. Pasukan tersebut yang dikenali sebagai CTwarriors telah membentangkan projek kualiti bertajuk “CT Chest Abdomen Pelvis (CAP): Optimising Contrast Media Based on Body Weight and Bolus Tracking Method”. Konvensyen Mini Team Excellence merupakan satu platform yang memberi peluang kepada kumpulan Penambahbaikan Kualiti di semua agensi kerajaan dan swasta untuk mempersembahkan projek penambahbaikan mereka yang mana projek yang dihasilkan mampu memberi impak yang positif kepada organisasi serta meningkatkan imej organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Untuk makluman, dengan penganugerahan ini, Pasukan CTwarriors akan bertanding sekali lagi di Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) 2019 pada bulan Julai ini.
Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi di atas pencapaian tersebut.
Link paparan video di Youtube :
https://youtu.be/BWT94Ohgejo
...https://youtu.be/q288_0rzkyc
Dikemaskini Pada: 4/22/2019
Pada 19 April 2019, telah berlangsungnya lawatan akademik oleh Persatuan Jururawat Periaperatif dengan membawa peserta Seminar Perioperatif antarabangsa ke CIGMIT. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta mengenai teknologi integrase di antara Dewan Bedah, Bilik MRI, dan CT Scan.
...Dikemaskini Pada: 4/17/2019
Pada harini telah berlansungnya World Physical Activity Day (WOPAD) 2019 yang telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Prof. Madya Dr. Nazirah Binti Hasnan, Timbalan pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM. Semoga dengan sambutan World Physical Activity Day setiap tahun dapat memastikan kita sentiasa menyokong sikap yang positif terhadap penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal. Sikap ini perlu bermula daripada diri kita sendiri dan seterusnya disebar kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling kita. Active Life! Long Life!".
...Dikemaskini Pada: 4/17/2019
PPUM sebagai sebuah hospital pengajar amat komited untuk meningkatkan usaha ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan akan dilaksanakan mengikut 24 standard atau piawaian MSQH yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, satu latihan program Akreditasi MSQH bagi Pengurusan PPUM, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan PPUM telah dilaksanakan pada 16 April 2019. Sesi latihan ini diharap dapat merapatkan dan menutup jurang di PPUM bagi setiap Standard MSQH yang telah ditetapkan. Latihan selama satu hari ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, Ketua Pegawai Eksekutif, MSQH. Diharap staf PPUM dapat memberi sokongan dan komitmen yang tinggi di dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan perkhidmatan perawatan kesihatan di PPUM.
...Dikemaskini Pada: 4/17/2019
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah melancarkan kempen untuk mendapatkan Rekod Malaysia (Malaysia Books of Records) bagi tandatangan terbanyak di atas kain rentang bagi menyatakan komitmen kerajaan, warga pekerja dan majikan terhadap Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN). Dasar ini merupakan inisiatif dan komitmen kerajaan bersama para majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi pengurursan risiko yang mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja. Sehubungan itu, PPUM turut serta dan bersama-sama terlibat di dalam kempen tersebut bagi menyokong dasar berkenaan yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Februari. Kempen tandatangan komitmen dasar ini di PPUM telah dimulai oleh pihak Pengurusan PPUM pada 15 April 2019 dan akan diikuti oleh staf PPUM.
...Dikemaskini Pada: 4/19/2019
Dikemaskini Pada: 4/11/2019
Pada 10 April dan 11 April 2019, telah berlangsungnya Majlis Penghargaan Perkhidmatan 2019 dengan jayanya. Majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hj. Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya yang sudi untuk merasmikan majlis ini. Turut hadir, Y.M Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM serta pengurusan tertinggi PPUM. Syabas diucapkan kepada urusetia majlis terutamanya kepada Jabatan Sumber Manusia PPUM serta jabatan-jabatan lain yang telah bertungkus-lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Pergi kerja di awal pagi,
...Kerja Berpasukan bebanan dikongsi,
Pekerja cemerlang diraikan lagi,
Pembakar semangat tingkatkan prestasi!
Dikemaskini Pada: 4/8/2019
Pada 6 April 2019 telah berlangsungnya Neon Run (Breast Cancer Charity Joy Jun) 2019 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Syabas dan tahniah diucapkan terutamanya kepada Jabatan Surgeri, PPUM, Pusat Sumber Payudara, dan Kolej Kediaman Kedua, UM kerana telah berjaya menganjurkan program seumpama ini dengann jayanya.
...Dikemaskini Pada: 4/4/2019
Nutrition Month 2019 - Make Time For Healthy Eating And Active Living
Date : 08 - 10 April 2019
Venue : Konkos, Menara Utama
Click here for info..
...Dikemaskini Pada: 4/2/2019
Kuala Lumpur, 20 Mac - Satu forum umum untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kecederaan kepala (otak) telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai pada hari rabu, 20 Mac 2019. Forum ini diadakan bersempena dengan “World Head Injury Awareness Day” tahun 2019 dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan, PPUM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Forum yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pemulihan, Prof Madya Dr Julia Anak Patrick Engkasan ini dihadiri oleh 130 orang peserta dari masyarakat umum, staf hospital-hospital kerajaan dan institusi swasta yang lain.
...Dikemaskini Pada: 4/22/2019
Date : 03 Aug 2019 ( Saturday)
Time : 8.00am - 5.00pm
Venue : Eastin Hotel, Petaling Jaya.
Click here for more info...
Click here for flyer..
...Dikemaskini Pada: 4/1/2019
Tujuan Lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan perkongsian maklumat dan kepakaran PPUM dalam Total Hospital Information System.
...Dikemaskini Pada: 4/1/2019
Pada 1hb April 2019, MOU antara Pusat Penyiasatan Klinikal (CIC), PPUM dan Prima Nexus Sdn. Bhd telah diadakan. Turut hadir Yang Mulia Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM dan Cik Cindy Shiu, Pengarah Jualan Prima Nexus. Selaras dengan Misi dan Visi PPUM untuk berdiri setanding di peringkat global terutamanya dalam penyelidikan klinikal. Kerjasama ini diadakan dengan harapan untuk memupuk kajian klinikal global yang dijalankan di PPUM untuk mengoptimumkan kualiti penyelidikan.
...Arkib