Arkib



Mei   2017


  
2017 2ND ADVANCED ENDOUROLOGY STONE WORKSHOP
 Dikemaskini Pada: 5/31/2017
 

Date : 03rd & 04th NOVEMBER 2017
Venue : University Malaya Medical Centre

...

  
WORKSHOP : DATA INTERPRETATION IN CLINICAL CHEMISTRY
 Dikemaskini Pada: 5/30/2017
 

Date : 26th July 2017
Time : 0800 - 1700
Venue : O & G Conference Room, Level 7 , Women''s & Children''s Health Complex (Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak)

Click here for more info...

...

  
HOT & COLD CHARITY RUN 2017
 Dikemaskini Pada: 5/29/2017
 

On 16 July 2017

The Faculty of Medicine, University of Malaya and the Malaysian AIDS Foundation will be honouring two extraordinary young Malaysians and Red Ribbon Youth Advocates, including our very own Jerry Song for their heroic feats competing in two of the world''s toughest footraces in extreme hot and cold climates to inspire other young people working towards Ending AIDS in Malaysia.

And we want you to be part of this event that will mark another important milestone in our fight against AIDS!

Register for the HOT & COLD Charity Run 2017 today.
Students are entitled to run the 10 KM race at a special rate of only RM 50!
Finisher''s medals and dri-fit T-shirts await runners in ALL categories.
All proceeds will go to the Malaysian AIDS Foundation and the Faculty of Medicine, University of Malaya Development Fund.

Should you require further information, you are welcomed to call me at 0196759654 or visit facebook page : https://www.facebook.com/MAFHotAndCold2017/

click here to register...

click here for poster...

...

  
SUMBANGAN UEM 2017
 Dikemaskini Pada: 5/26/2017
 

23 Mei 2017

PPUM ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UEM atas sokongan berterusan buat para pesakit kami yang memerlukan dengan sumbangan sebanyak RM350,000.00.

Replika cek disampaikan oleh Dato'' Izzaddin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif UEM. Turut hadir Datuk Nik Airina, Ketua Pembangunan Perniagaan UEM.

...

  
NOCERAL - LAWATAN TOP GLOVE
 Dikemaskini Pada: 5/26/2017
 

24 Mei 2017

Pada hari Rabu (24 Mei 2017) kami telah mengadakan lawatan ke Top Glove untuk membincangkan mengenai projek usahasama bersama NOCERAL. Kami telah bertemu dengan Encik Wong Chong Ban yang merupakan Pengarah Eksekutif (Pembuatan) di Top Glove dan bersama team R&D beliau untuk membincangkan bagaimana mereka boleh membantu kita mereplikasi saluran darah bagi tujuan latihan mikrosurgeri. Selama ini, kita menggunakan tikus makmal bagi tujuan tersebut. Jika projek ini berjaya, pergantungan kepada tikus ini akan dapat dikurangkan.

Pengarah PPUM secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Lim Wee Chai, pengerusi dan pengasas Top Glove Group of Companies yang juga ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya kerana memulakan inisiatif ini dan juga kerana menyokong penyelidikan dan latihan klinikal kami.

Kami berharap inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyak ruang kerjasama pada masa hadapan.

...

  
MAJLIS DI PPUM - MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2017
 Dikemaskini Pada: 5/25/2017
 

24 Mei 2017

Bagi menghargai jasa jururawat di seluruh dunia, kita menyambut Hari Jururawat pada 12 Mei setiap tahun. Sempena dengan Hari Jururawat 2017, Jabatan Kejururawatan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jururawat 2017 pada 24 Mei 2017. Terima kasih kepada semua jururawat yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan perawatan kesihatan.

...

  
MAJLIS DI PPUM - BENGKEL PENGUKUHAN JURURAWAT MUSLEH
 Dikemaskini Pada: 5/24/2017
 

22 Mei 2017

PPUM komited untuk memastikan setiap pesakit dan staf tidak mengabaikan tanggungjawab ibadah solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Selari dengan matlamat ini, pengurusan PPUM memastikan kawasan PPUM mesra ibadah solat, serta mengukuhkan pengetahuan staf tentang kepentingan solat dan cara-cara solat dalam keadaan tertentu, terutamanya jururawat yang merupakan barisan hadapan kepada professional perawatan. Bengkel Pengukuhan Jururawat Musleh yang telah diadakan pada 22 Mei 2017 ini merupakan salah satu usaha PPUM dalam memastikan jururawat-jururawat di PPUM mendapat ilmu dan latihan yang baik untuk membantu pesakit dalam menjalankan ibadah solat.

...

  
BENGKEL ESSENTIAL OF CLINICAL TEACHING
 Dikemaskini Pada: 5/23/2017
 

Tarikh : 21-23 Ogos 2017
Lokasi : Kolej Sains Kesihatan PPUM, Wisma R&D UM
Yuran : RM 1500.00/pax

Click here for more info..

...

  
KURSUS KEMAHIRAN TERAPI INTRAVENA
 Dikemaskini Pada: 5/23/2017
 

Tarikh : 7-11 Ogos 2017 (Sesi 1) 25-29 September 2017 (Sesi 2)
Lokasi : Kolej Sains Kesihatan, Wisma R&D UM
Yuran : RM 1,200.00/pax

Click here for more info..

...

  
MAJLIS DI PPUM - MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA PPUM DENGAN LERDSIN HOSPITAL, BANGKOK, THAILAND
 Dikemaskini Pada: 5/19/2017
 

18 Mei 2017

18 Mei 2017 menyaksikan memorandum persefahaman antara Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan Lerdsin Hospital, Bangkok, Thailand disambung setelah ianya dimeterai kali pertama pada tahun Januari 2015. Perjanjian untuk 3 tahun ini membolehkan pertukaran pakar Orthopedic daripada kedua-dua hospital ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Lee Seng Chuan yang telah menaja perbelanjaan doktor-doktor yang terpilih untuk ke Bangkok.

...

  
LAWATAN DI PPUM - JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA LUMPUR - HARI BOMBA 2017
 Dikemaskini Pada: 5/19/2017
 

Bersempena dengan Hari Bomba 2017, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengarah JBPM Kuala Lumpur, YS PKPjB Hj Khirudin bin Drahman mengadakan lawatan ke Wad 8PA di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak. Rombongan yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Bomba sekitar Kuala Lumpur menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak di wad terbabit.

...

  
MAJLIS DI PPUM - WORLD HYPERTENSION DAY
 Dikemaskini Pada: 5/19/2017
 

15 Mei 2017

Tahukah anda, daripada 4 penghidap tekanan darah tinggi, 1 mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi, 3 lagi tidak pernah tahu mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Ianya disebabkan kurangnya kesedaran untuk memeriksa tekanan darah dikalangan rakyat Malaysia. Sempena sambutan "World Hypertension Day" 2017 peringkat PPUM, 3 jabatan (Jabatan Perubatan Rawatan Utama dan Klinik Am (RUKA),Klinik Kesihatan Staff dan Pelajar, dan Jabatan Dietetik),telah bergabung untuk menjalankan kempen kesedaran masalah tekanan darah tinggi dengan tema "Know Your Numbers" untuk menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan sekurangnya sebulan sekali.

...

  
WE ARE IN THE NEWS: MAY 13TH, 2017
 Dikemaskini Pada: 5/17/2017
 

Pihak pengurusan PPUM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua staf PPUM yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit. Teruskan perkhidmatan cemerlang ini kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Klik disini...

...

  
SELAMAT HARI JURURAWAT 2017
 Dikemaskini Pada: 5/17/2017
 

Selamat Hari Jururawat 2017 kepada semua jururawat di seluruh dunia.

...

  
MAJLIS DI PPUM - WORLD HAND HYGIENE DAY -
 Dikemaskini Pada: 5/17/2017
 

12 Mei 2017

Tahukah anda, dengan mencuci tangan dengan betul dapat menyelamatkan nyawa? PPUM menyokong "World Hand Hygiene Day" dengan megadakan kempen Hand Hygiene peringkat PPUM yang telah dilancarkan oleh Pengarah PPUM, YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin dan dikelolakan oleh Jabatan Kawalan Jangkitan. Tema tahun ini adalah “Fight Antibiotic Resistance – It’s In Your Hands”.

Jom basuh tangan!!

...

  
S.T.A.B.L.E LEARNER COURSE
 Dikemaskini Pada: 5/17/2017
 

Date : 18th & 19th July 2017

Venue : Auditorium Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Tingkat 7, Kompleks Kesihatan Wanita & Kanak-Kanak (KKWKK), Pusat Perubatan Universiti Malaya, 59100, Kuala Lumpur

Click here for more info...

...

  
PENGAMBILAN PELAJAR DIPLOMA LANJUTAN, KOLEJ SAINS KESIHATAN 2017
 Dikemaskini Pada: 5/15/2017
 

15 Mei - 04 Jun 2017

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program :

  1. DIPLOMA LANJUTAN METODOLOGI PENGAJARAN
  2. DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN
  3. SIJIL PERAWATAN RENAL

Klik di sini untuk borang permohonan...

...

  
LAWATAN DI PPUM : BRIGED TENGAH PGA
 Dikemaskini Pada: 5/9/2017
 

Wad Kanak-kanak PPUM telah menerima lawatan daripada Briged Tengah PGA, yang diketuai oleh ASP Mohd Naeeim bin Ahmad Shubhi bersama pegawai kanan dan anggota, yang turut disertai oleh ahli PERKEP, sempena sambutan Hari Polis ke 210. Bersesuaian dengan tema Hari Polis kali ini iaitu ''Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'', kami amat berbesar hati dengan keprihatinan anggota Polis dalam menghiburkan kanak-kanak dan memberikan cenderahati kepada pesakit.

...

  
PERKEMBANGAN PPUM : SIRIM MS ISO 9001 : 2015
 Dikemaskini Pada: 5/2/2017
 

Bermula 25 hingga 28 April 2017, PPUM telah menjalani Audit Pensijilan Semula SIRIM MS ISO 9001 : 2015. Ribuan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International atas kehadiran auditor ke PPUM dan juga pandangan penambahbaikan yang perlu. Tahniah dan syabas kepada kakitangan PPUM yang bertungkus lumus dalam proses pensijilan semula ini.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my