ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Mac 2018
Dikemaskini Pada: 3/28/2018
Pada 23 Mac 2018, Sambutan Hari TIBI peringkat PPUM telah diadakan di Auditorium Menara Selatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan).
Di dalam ucapan perasmian, Prof, Madya Dr. Nazirah memaklumkan bahawa penyakit TIBI telah lama wujud dalam sejarah tamadun manusia dan sehingga kini masih menjadi masalah utama kesihatan awam. Walaubagaimanapun, penemuan kuman TIBI Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 telah berjaya menyembuhkan penyakit TIBI.
Pada tahun 2017, sebanyak 2,098 kematian akibat TIBI telah dilaporkan di Malaysia dan angka ini bersamaan dengan 4 kematian berpunca dari jangkitan TIBI setiap hari, katanya lagi. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "Wanted: Leader For A TB-Free World. You can Make History-End TB".
Pemilihan tema ini bertujuan untuk memperkasakan peranan setiap individu atau kumpulan dalam menghentikan jangkitan TIBI. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikannya. Kesimpulannya kita mampu hentikan penularan penyakit TIBI....
Dikemaskini Pada: 3/27/2018
Anjuran : Kolej Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Terbuka Kepada : Jururawat, Pembantu Penyelidik, Juru Teknologi Makmal Perubatan,
Juruteknik Pengimejan
Tarikh : 22 - 26 Oktober 2018, 8:00pg - 5:00ptg
Tempat : Kolej Kesihatan, Wisma R&D Universiti Malaya, Jalan Pantai Baharu, Taman Bukit Pantai, 59100, Kuala Lumpur
Klik disini untuk maklumat lebih lanjut......
Dikemaskini Pada: 3/27/2018
Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :
SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED WA29
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 April 2018
SYARAT LANTIKAN
CARA MEMOHON
SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 April 2018
SYARAT LANTIKAN
CARA MEMOHON
Dikemaskini Pada: 3/23/2018
Pada 19.3.2018, Breast Cancer Foundation telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad 11U. Program ini adalah untuk memberi sokongan dan salah satu tanggungjawab sosial yayasan. Program ini telah disertai oleh seramai 5 orang wakil dari yayasan berkenaan. Diharap program ini akan dapat diteruskan di masa akan datang bagi memberi sokongan kepada pesakit-pesakit PPUM amnya dan pesakit-pesakit kanser payudara khasnya....
Dikemaskini Pada: 3/22/2018
Pada 16.3.2018, seramai 12 orang pelajar UNITAR International University telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit pediatrik di wad Kanak-Kanak 8PA dan 8PB. Sumbangan ini bagi projek ''''Spread Kindness'''' yang dijalankan oleh pelajar berkenaan dan juga sebagai memenuhi keperluan tanggungjawab sosial mereka. Terima kasih kepada pelajar UNITAR, semoga tanggungjawab seperti ini berterusan di masa-masa akan datang....
Dikemaskini Pada: 3/22/2018
Pada 16.3.2018, terlakar satu lagi sejarah di PPUM dimana wad khas untuk staf PPUM/UM (lelaki) yang dikenali dengan nama Wad Kasturi telah dirasmikan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin. Majlis turut dihadiri oleh En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit. Buat masa ini, wad Kasturi akan beroperasi dengan 5 katil....
Dikemaskini Pada: 3/23/2018
Tarikh : 21 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00pg - 5.00ptg
Tempat : Armada Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Klik disini untuk maklumat lanjut...
...Dikemaskini Pada: 3/15/2018
Pada 13 Mac 2018, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 200,000 dari Yayasan Darul Iman bagi menampung kos rawatan adik Faris Wafiuddin Faris Irwan, 10 bulan untuk menjalani pembedahan di Hospital Renjin, Shanghai, China.
Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana adik Faris masih menerima rawatan di PPUM. Majlis turut disaksikan oleh YM. Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM dan Prof. Dr. Lee Way Seah, Pakar Perunding Kanan, Jabatan Pediatrik, PPUM .
Terima kasih Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di atas keprihatinan dan semoga adik Faris Wafiuddin selamat menjalani pembedahan....
Dikemaskini Pada: 3/14/2018
''1st Resuscitation UMMC Conference'' PPUM telah mengadakan Persidangan Resusitasi Pertama PPUM 2018 selama 3 hari bermula pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2018. Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim bin Hashim, Naib Canselor, Universiti Malaya pada 11 Mac 2018.
Majlis turut dihadiri oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan dan YBhg. DCP Dato'' Fatimah binti Abdul Hamis, Timbalan Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Persidangan ini diadakan bagi berkongsi ilmu pengetahuan, bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara organisasi kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam perawatan perubatan kecemasan. Peserta-peserta yang hadir adalah dari organisasi seperti hospital, Pusat Perubatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, NGO dan syarikat-syarikat swasta.
Di dalam ucapannya, Naib Canselor memaklumkan aktivti baru Jabatan Perubatan Kecemasan adalah perkhidmatan Pasukan Paramedik Bermotosikal dan ceramah umum untuk pengamal perubatan dan juga masyarakat. Beliau juga menyarankan agar Persidangan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang....
Dikemaskini Pada: 3/13/2018
Pada 10 Mac 2018, PPUM telah mengadakan sambutan Minggu Glaukoma di Klinik Mata. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena minggu tersebut termasuk pameran, ceramah dan saringan untuk penyakit glaukoma secara percuma. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis turut dihadiri oleh En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, Prof. Madya Dr. Nurliza bt Khaliddin, Ketua, Jabatan Oftalmologi dan Prof. Madya Dr. Norlina binti Mohd Ramli, Pengerusi Sambutan Minggu Glaukoma peringkat PPUM.
Di dalam ucapan perasmian, Pengarah PPUM memaklumkan bahawa glaukoma dikenali sebagai punca utama kehilangan penglihatan kekal yang tidak dapat dikembalikan. Ia juga digelar pembunuh senyap atau ''Silent Thief of Vision''. Gelaran ini diberi kerana pesakit tidak mempunyai simptom awal sehinggalah penyakit ini sampai ke peringkat kritikal, barulah ia disedari dan pesakit datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan awal dititikberatkan sebelum ia menjadi serius. Semoga majlis ini memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai penyakit glaukoma dan betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal mata....
Dikemaskini Pada: 3/12/2018
Impian adik Muhammad Akmalrul Haikal bin Affizan , pesakit dari Wad Pediatrik telah tercapai apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah merealisasikannya dengan bersama-sama menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 12 pada 7 Mac 2018.
Beliau juga sangat teruja apabila dapat melihat sendiri jentera bomba dari jarak dekat serta memakai pakaian seragam bomba yang selama ini menjadi idamannya. Majlis turut dihadiri oleh YS Tuan Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wilayah Persekutuan, Prof. Nazirah bt Hasnan , Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), Prof Azura bt Mansor , Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) serta beberapa pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta PPUM.
Terima kasih Abang Bomba dan Kakak Bomba di atas kesudian hadir ke majlis ini serta semua yang menyumbang untuk merealisasikan impian Adik Muhammad Akmalrul. Semoga adik cepat sembuh serta kerjasama erat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dapat diteruskan di masa-masa akan datang....
Dikemaskini Pada: 3/14/2018
Tarikh : 05hb April 2018
Masa : 1:00tgh - 2:00ptg
Lokasi : Dewan Sekapur Sireh, Jabatan Kecemasan (Tgkt 1)
...
Dikemaskini Pada: 3/14/2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Medical Physics Unit, University Malaya Medical Centre (UMMC) would like to cordially invite all respective colleague to attend/join our 9th Edition Radiation Protection Conference in 2018. Book the date & join us! :-)
For more details & info. :- Click here......
Dikemaskini Pada: 3/9/2018
Date : 28 & 29 APRIL 2018
Time : 8.00am - 5.00pm
Venue : Samsung Sono School, Komplek Wanita & Kanak-kanak, UMMC
Klik disini untuk maklumat lanjut
...Dikemaskini Pada: 3/9/2018
PERMOHONAN DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI JAWATAN BERIKUT:
PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI : PERUBATAN DAN KESIHATAN
TARAF JAWATAN : KONTRAK
PENEMPATAN : JABATAN PERUBATAN
SYARAT LANTIKAN WAJIB
- Warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
SYARAT LANTIKAN
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED UD43
Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/Kelayakan Khusus :
a) memenuhi syarat lantikan dan syarat kelayakan Bahasa Melayu
b) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan
Gaji Permulaan : UD43: RM3,611.00
PERMOHONAN
...Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Mac 2018. Sila layari laman sesawang http://mors.ummc.edu.my/ untuk keterangan lanjut.
Dikemaskini Pada: 3/8/2018
Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut;
SKIM PERKHIDMATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 2
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 09 APRIL 2018
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan jawatan ini perlu memiliki kelayakan seperti berikut berikut:
SKOP TUGAS
Skop tugas Pegawai Teknologi Maklumat meliputi:
CARA MEMOHON
Dikemaskini Pada: 3/8/2018
Masa : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
...Tarikh : 19 - 23 MAC 2018
Lokasi : KONKOS, MENARA UTAMA
Dikemaskini Pada: 3/6/2018
Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :
Program : SIJIL PERAWATAN RENAL
Tempoh Program : 6 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Pendaftaran : 16 JULAI 2018 - 13 JANUARI 2019
Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Klik disini untuk maklumat lanjut..
Klik disini untuk borang..
...Dikemaskini Pada: 3/5/2018
Klik di sini untuk maklumat lanjut...
...Dikemaskini Pada: 3/5/2018
Klik di sini untuk maklumat lanjut...
Klik disini untuk borang..
...Dikemaskini Pada: 3/5/2018
Sesi pengauditan Dalaman diadakan adalah sebagai persediaan Penilaian Semula Pengiktifaran Hospital Rakan Bayi. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bulan April 2018 ( Tarikh belum ditentukan) untuk PPUM.
Oleh itu Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Susu Ibu PPUM dan Unit Laktasi telah menjadualkan sesi Audit Dalaman pada butiran dibawah:
Tarikh: 13 - 14 Mac 2018
Hari: Selasa - Rabu
Jabatan Terlibat: Jabatan Obstetrik, Paediatrik, Farmasi dan Dietetik....
Dikemaskini Pada: 3/1/2018
Pada 28 Februari 18 telah berlangsungnya satu bengkel Fiqh Wanita bersama Ustazah Maznah Daud dan juga Ustazah Sharifah Zahidah bertempat di Auditorium Menara Selatan, PPUM. Dengan membincangkan topik Taharah & Solat serta Keluarga Cemerlang , Kerjaya Gemilang....
Arkib