Arkib



September   2018


  
LAWATAN OLEH PELAJAR-PELAJAR KEJURURAWATAN, UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 9/28/2018
 

Pada 27 September 2018, pelajar-pelajar Tahun Empat (4) Klinikal Elektif (Intensive Care Unit), Kulliyah Kejururawatan, Universiti Islam Malaysia telah mengadakan lawatan ke Unit Rawatan Rapi, PPUM.

Di antara objektif lawatan adalah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam perkhidmatan kritikal dan mempelajari perawatan di Unit Rawatan Rapi, PPUM. Lawatan telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Saliza bt Mohamed Ludin dan 8 pelajar Kulliyah Kejururawatan, UIAM.

Semoga lawatan ini memberi banyak manfaat dan ilmu pengetahuan perawatan kritikal kepada pelajar berkenaan.

...

  
MAJLIS PERASMIAN HARI FARMASI SEDUNIA 2018
 Dikemaskini Pada: 9/25/2018
 

Hari Farmasi Sedunia peringkat PPUM telah disambut dengan meriahnya pada hari ini bersamaan dengan 25 September 2018 di konkos, PPUM dengan tema ''Pharmacists : Your Medicines Experts''. Pelbagai aktiviti seperti kuiz, pemeriksaan mata, kadar gula dalam badan, tekanan darah serta pameran telah diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Pengarah, dan Ketua-Ketua Jabatan, PPUM. Di dalam ucapan perasmian, YM Prof. Tunku Kamarul memaklumkan sesungguhnya, Pegawai Farmasi memainkan peranan yang penting di di PPUM serta mereka perlu memastikan ubat-ubatan yang diterima oleh pesakit adalah efektif dan selamat untuk digunakan.

Selamat Hari Farmasi 2018.

...

  
PROGRAM UMMC HUMAN LIBRARY 2018
 Dikemaskini Pada: 9/25/2018
 

Jabatan Farmasi dengan kerjasama dari Human Library Malaysia telah menganjurkan program UMMC Human Library 2018 buat julung kalinya di PPUM pada 22 September 2018 di Bilik Konferen 3, Menara Selatan. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan nilai empati staf PPUM terhadap para pesakit dan penjaga pesakit. Konsep Human Library ini adalah seperti konsep perpustakaan (library), cuma bezanya dari meminjam buku dan membaca, kita akan meminjam orang dan mendengar cerita mereka, serta boleh bertanyakan soalan kepada mereka.

‘Buku-buku’ di UMMC Human Library ini kebanyakannya terdiri dari pesakit dan penjaga pesakit yang menerima rawatan di PPUM. ‘Pembaca-pembaca’ buku adalah terdiri dari staf Jabatan Farmasi, Kejururawatan, Maklumat Pesakit, Kerja Sosial Perubatan, Kejuruteraan , Audit Dalam, Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Kualiti dan Perkembangan Perubatan. Terdapat 17 tajuk buku yang ditawarkan untuk pembaca. Antara tajuk buku yang ada ialah Person living with HIV, Rintihan Seorang Pesakit Major Depression Jass, My Son and His Brain Tumor dan Cancer Changed My Life for The Better.

...

  
ORCHID RUN 2018
 Dikemaskini Pada: 9/24/2018
 

Pada 23 September 2018, Petronita telah menganjurkan Orchid Run 2018 bagi kali yang ke 4. Pada tahun ini, salah satu penerima sumbangan hasil dari Orchid Run adalah PPUMCare yang menerima sumbangan tertinggi iaitu sebanyak RM 120,000.00. Dana dan sumbangan ini akan digunakan untuk program HELP (Home Equipment Loan Program).

Program ini adalah untuk pembelian peralatan respiratori bagi membolehkan pesakit yang mengalami masalah paru-paru untuk meminjam dan menggunakan peralatan tersebut bagi meneruskan kehidupan di rumah. Sebahagian dari dana juga akan digunakan untuk menyelenggara mesin-mesin bio-medikal perubatan yang telah didermakan oleh pesakit atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Terima kasih PETRONITA, semoga sumbangan ini akan berterusan di masa-masa akan datang bagi menyediakan kemudahan kepada pesakit-pesakit di PPUM.

...

  
BASIC ABDOMINAL ULTRASOUND
 Dikemaskini Pada: 9/25/2018
 

Tajuk : BASIC ABDOMINAL ULTRASOUND

Tarikh : 17TH - 18TH NOVEMBER 2018

Masa : 8.00am - 5.00pm

Tempat : DEWAN PERSIDANGAN, TINGKAT 7, JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI, KOMPLEKS KESIHATAN WANITA DAN KANAK- KANAK, PPUM

Click here for more info

...

  
INTERVENTIONAL RADIOLOGY & ENDOVASCULAR THERAPY SEMINAR 2018
 Dikemaskini Pada: 9/25/2018
 Tajuk : Endovascular Intervention, Better Solution
Tarikh : 27 Oktober 2018
Masa : 8.00am - 5.00pm
Tempat : Nexus Convention Center, Bangsa South, Kuala Lumpur

Click here for more info

...

  
JAWATAN KOSONG - PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
 Dikemaskini Pada: 9/20/2018
 

Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut;

SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
KUMPULAN PERKHIDMATAN : KUMPULAN PERLAKSANA 1
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 OKTOBER 2018
PENEMPATAN : IIUM, KUANTAN

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan jawatan ini perlu memiliki kelayakan seperti berikut berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur lingkungan 18 – 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki Diploma Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Mempunyai kemahiran pengaturcaraan menggunakan Bahasa PHP, JavaScript, Visual Basic, ASP.
  5. Mempunyai kemahiran memanipulasi query pangkalan data menggunakan SQL language.
  6. Mahir menggunakan perisian MySQL / MariaDB, Microsoft Windows Server, Linux Ubuntu / Mint.
  7. Mahir menggunakan perisian Ms Excel, SPSS atau perisian setaraf untuk penjanaan laporan dan statistic.
  8. Calon terpilih adalah wajib Lulus ujian saringan pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan & manipulasi data yang akan diadakan.
  9. Calon yang terpilih bersedia berkhidmat di Pusat Perubatan UIA, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

SKOP TUGAS

Skop tugas Pegawai Teknologi Maklumat meliputi:

  1. Menguruskan aktiviti-aktiviti pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
  2. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan sumber ICT.
  3. Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima.
  4. Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin.
  5. Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan dalam perolehan sumber ICT dan peningkatan keupayaan infrastruktur serta aplikasi.
  6. Menguruskan perolehan dan mengawal selia alat ganti ICT.
  7. Membantu pihak pengurusan dalam menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan sumber ICT.
  8. Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT.
  9. Mengurus dan merancang perlaksanaan ‘back-up’ dan ‘recovering’ bagi sistem dan data.
  10. Melaksana segala arahan pegawai atasan dari masa ke semasa dalam menjalankan tugas harian.

CARA MEMOHON

  1. Bagi calon yang berminat, resume boleh diemel kepada : jpp_vacancy@ummc.edu.my
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
...

  
JAWATAN KOSONG - PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
 Dikemaskini Pada: 9/20/2018
 

Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut;

SKIM PERKHIDMATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 OKTOBER 2018
PENEMPATAN : IIUM, KUANTAN

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan jawatan ini perlu memiliki kelayakan seperti berikut berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur lingkungan 18 - 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Mempunyai kemahiran pengaturcaraan menggunakan Bahasa PHP, JavaScript, Visual Basic, ASP.
  5. Mempunyai kemahiran memanipulasi query pangkalan data menggunakan SQL language.
  6. Mahir menggunakan perisian MySQL / MariaDB, Microsoft Windows Server, Linux Ubuntu / Mint.
  7. Mahir menggunakan perisian Ms Excel, SPSS atau perisian setaraf untuk penjanaan laporan dan statistic.
  8. Calon terpilih adalah wajib Lulus ujian saringan pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan & manipulasi data yang akan diadakan.
  9. Calon yang terpilih bersedia berkhidmat di Pusat Perubatan UIA, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

SKOP TUGAS

Skop tugas Pegawai Teknologi Maklumat meliputi :

  1. Menguruskan aktiviti-aktiviti pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
  2. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan sumber ICT.
  3. Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima.
  4. Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin.
  5. Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan dalam perolehan sumber ICT dan peningkatan keupayaan infrastruktur serta aplikasi.
  6. Menguruskan perolehan dan mengawal selia alat ganti ICT.
  7. Membantu pihak pengurusan dalam menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan sumber ICT.
  8. Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT.
  9. Mengurus dan merancang perlaksanaan ''back-up'' dan ''recovering'' bagi sistem dan data.
  10. Melaksana segala arahan pegawai atasan dari masa ke semasa dalam menjalankan tugas harian.

CARA MEMOHON

  1. Bagi calon yang berminat, resume boleh diemel kepada : jpp_vacancy@ummc.edu.my
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
...

  
EKSPEDISI KE GUNUNG KINABALU SABAH
 Dikemaskini Pada: 9/14/2018
 Tahniah diucapkan kepada semua perserta Ekspedisi ke Gunung Kinabalu Sabah yang telah berjaya sampai ke puncak gunung dengan selamat dan mengharumkan nama Pusat Perubatan Universiti Malaya!

...

  
HARI FARMASI SEDUNIA 2018 - PPUM
 Dikemaskini Pada: 9/14/2018
 World Pharmacist Day - Pharmacist: Your Medicine Expert

Venue : Concourse, Ground Floor, Main Tower
Date : 25 - 27 September 2018
...

  
MAJLIS PELEPASAN EKSPEDISI KE GUNUNG KINABALU SABAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PPUM
 Dikemaskini Pada: 9/7/2018
 Pada 7 September 2018, telah berlangsungnya satu Majlis Pelepasan Ekspedisi ke Gunung Kinabalu Sabah Sempena Sambutan Jubli Emas PPUM.

Ekspedisi ini disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada staff PPUM dan telah berjaya menjalani latihan intensif kecergasan masing-masing.

Diharapkan semua peserta menjaga kesihatan dan keselamatan diri agar selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang ekspedisi ini berlangsung.

Jubli Emas disambut meriah, Lima puluh tahun cemerlang gemawan, Program Befitt mengorak langkah, Hingga ke puncak Kinabalu hendak ditawan....

  
KURSUS INITIATION OF POST GRADUATE MEDICAL PHYSICS ACADEMIC PROGRAMMES
 Dikemaskini Pada: 9/7/2018
 Pada 6 September 2019, para peserta kursus INITIATION OF POST GRADUATE MEDICAL PHYSICS ACADEMIC PROGRAMMES yang dianjurkan oleh Agensi Nuklear Malaysia dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Kuala Lumpur telah di bawa melawat ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semasa lawatan tersebut para pelawat telah diberi taklimat berkenaan Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Mereka kemudiannya di bawa melawat fasiliti berkaitan Fizik Perubatan yang tedapat di Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan dan Unit Onkologi Klinikal.

Para peserta adalah terdiri daripada ahli fizik perubatan dari beberapa buah negara dari rantau Asia Pasifik termasuk Afganistan, Myammar, Iraq, Vietnam, Jordan, Kuwait, Pakistan, Sri Langka, Bangladesh, Indonesia, Thailand , Singapura dan Filipina....

  
LAWATAN AMAL SYARIKAT ZUBEDY KE WAD PEDIATRIK PPUM
 Dikemaskini Pada: 9/6/2018
 

Pada 4 September 2018, Syarikat Zubedy (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan serta menyampaikan cenderamata kepada pesakit-pesakit di wad Pediatrik. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk sedikit sebanyak mengukir senyuman kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Pihak PPUM ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat Zubedy (M) Sdn. Bhd di atas lawatan, penyampaian cenderahati tersebut.

Diharap aktiviti ini akan berterusan di masa akan datang untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan sokongan dan bantuan.

...

  
LAWATAN DARI TAIWAN CHANG BING SHOW CHWAN MEMORIAL HOSPITAL
 Dikemaskini Pada: 9/3/2018
 Pada 30 Ogos 2018, satu Lawatan dari Taiwan Chang Bing Show Chwan Memorial Hospital yang terdiri daripada 23 Orang telah hadir ke PPUM.

Taiwan Chang Bing Chwan Memorial Hospital dilantik oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan tahun ini supaya membina platfom untuk kerjasama dalam pertukaran akademik perubatan dan kesihatan antara Taiwan dan Malaysia serta industri berkaitan.

Diharapkan usaha kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my