BULAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL 2016
 Update on: 12/10/2016
 10 Oktober 2016

Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM hadir merasmikan sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2016 peringkat PPUM. Sambutan ini telah lama tidak dilaksanakan di PPUM dan menjadi permulaan baru semalam bagi kempen kesedaran yang berterusan tentang kesihatan mental.

Sambutan yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordeen ini turut dihadiri oleh Yang Dihormati En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Prof. Dr. Ahmad Hatim Sulaiman, wakil Ketua Jabatan Perubatan Psikologi PPUM.

Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental ini akan berlangsung sepanjang minggu dan turut memuatkan pameran di Konkos, Menara Utama.



ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my