MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERTAMA PUSAT PERUBATAN
 Dikemaskini Pada: 11/7/2018
 

Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Kali Pertama Pusat Perubatan Akademik bertemakan Penambahbaikan Kualiti dan Keselamatan Pesakit 2018 anjuran PPUM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM telah diadakan pada 2 November 2018. Semasa majlis penutup, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Penambahbaikan Kualiti dan Inovasi turut diadakan. Persidangan ini telah menyaksikan sebanyak 28 projek penambahbaikan di bawah kategori poster dan 8 projek di bawah kategori oral telah dibentangkan.

Johan Kategori Poster telah dimenangi oleh Hospital Selayang dengan tajuk ‘Reducing Platelet Wastage in Hospital Selayang’ manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh PPUM. Johan Kategori Oral pula telah dimenangi oleh PPUM dengan tajuk ‘CT Chest Abdomen Pelvis: Optimising Contrast Media Based On Body Weight Using Bolus Tracking Method’. Tempat kedua dimenangi oleh Hospital Putrajaya manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya, berusaha lagi di masa akan datang.

YBhg. Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), PPUM telah sudi hadir dan menutup persidangan yang telah berlangsung selama 3 hari ini. Diharap persidangan ini menjadi sesi perkongsian ilmu untuk meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti di dalam penjagaan kesihatan di Malaysia khasnya dan global amnya.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my