Butiran Berita


  
4R (REHAB RACE, RUN & RIDE) 2018
 Dikemaskini Pada: 10/29/2018
 

Program 4R (Rehab Race, Run & Ride) 2018, merupakan satu program yang julung kalinya melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU), orang awam dan warga PPUM yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Matlamat utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kekeluargaan bagi mengurangkan jurang diskriminasi OKU dengan masyarakat awam. Di samping itu juga untuk meningkatkan penerimaan orang awam terhadap kemampuan OKU selaras dengan tema yang dipilih iaitu Inclusion For All.

Perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd Samad , Menteri Wilayah Persekutuan pada 27 Oktober 2018 di Taman Botani, Putrajaya. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) dan Prof. Madya Dr. Julia Patrick Engkasan, Ketua Jabatan Perubatan Permulihan dari Pusat Perubatan Univerisiti Malaya dan YBhg Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya

Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 359 peserta yang menyertai acara larian, berbasikal dan berkerusi roda. Bilangan peserta berdasarkan kategori adalah 65 orang OKU , 255 orang staf PPUM & orang awam serta 39 orang kanak-kanak. Semua peserta yang menyertai acara menerima t-shirt, medal, makanan dan “goodies bag” dan sijil berbentuk e-sijil. Hadiah juga disediakan bagi pemenang pertama hingga ketiga bagi Lelaki dan Wanita dari setiap kategori.

Pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pameran, kuiz, ‘fun games’ dan ‘food truck’ juga disediakan. Hasil dari larian 4R akan disumbangkan kepada Kelab Asma Kanak-Kanak dan Tabung PPUMCare.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my