Butiran Berita


  
KEMPEN TANDATANGAN KOMITMEN DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (DKKPN)
 Dikemaskini Pada: 4/17/2019
 

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah melancarkan kempen untuk mendapatkan Rekod Malaysia (Malaysia Books of Records) bagi tandatangan terbanyak di atas kain rentang bagi menyatakan komitmen kerajaan, warga pekerja dan majikan terhadap Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN). Dasar ini merupakan inisiatif dan komitmen kerajaan bersama para majikan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi pengurursan risiko yang mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja. Sehubungan itu, PPUM turut serta dan bersama-sama terlibat di dalam kempen tersebut bagi menyokong dasar berkenaan yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Februari. Kempen tandatangan komitmen dasar ini di PPUM telah dimulai oleh pihak Pengurusan PPUM pada 15 April 2019 dan akan diikuti oleh staf PPUM.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my