Butiran Berita


  
PROGRAM LATIHAN AKREDITASI DI BAWAH STANDARD MALAYSIAN SOCIETY FOR QUALITY IN HEALTH (MSQH) EDISI KE-5
 Dikemaskini Pada: 4/17/2019
 

PPUM sebagai sebuah hospital pengajar amat komited untuk meningkatkan usaha ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan akan dilaksanakan mengikut 24 standard atau piawaian MSQH yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, satu latihan program Akreditasi MSQH bagi Pengurusan PPUM, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan PPUM telah dilaksanakan pada 16 April 2019. Sesi latihan ini diharap dapat merapatkan dan menutup jurang di PPUM bagi setiap Standard MSQH yang telah ditetapkan. Latihan selama satu hari ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, Ketua Pegawai Eksekutif, MSQH. Diharap staf PPUM dapat memberi sokongan dan komitmen yang tinggi di dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan perkhidmatan perawatan kesihatan di PPUM.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my