Butiran Berita


  
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA PERINGKAT SDH PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 9/6/2016
 
Bermula 24 Ogos 2016 sehingga 30 Ogos 2016, Sekolah Dalam Hospital (SDH) PPUM menganjurkan sambutan Minggu Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Malaysia peringkat SDH PPUM. Sambutan berskala kecil ini tetap padat dengan pengisian aktiviti memupuk nilai patriotisme dan kecintaan kepada tanah air Malaysia yang merdeka dalam kalangan para pesakit pediatrik dan anak-anak staf PPUM yang mengikuti program khas peningkatan pelajaran bersama guru-guru SDH PPUM.

Encik Khairul Azman bin Jamaluddin, Penyelia SDH PPUM bersama guru-guru yang berdedikasi cukup bersemangat mengusahakan pelbagai inisiatif secara kreatif untuk menerapkan sifat menghargai sebuah kemerdekaan kepada para pelajar.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my