Butiran Berita


  
NAIKTARAF ALIRAN TRAFIK DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 3/8/2017
 

MAKLUMAN :
Pelanggan yang dihormati,

Untuk maluman premis PPUM akan mula menjalankan kerja-kerja menaiktaraf aliran trafik di PPUM dalam usaha kami untuk meningkatkan keselesaan anda di masa hadapan.

Kerja-kerja menaiktaraf ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut fasa yang telah ditetapkan seperti berikut:

Fasa 1 : Pelebaran jalan dan menaiktaraf ruang hadapan Menara Selatan (13/2/2017-15/42017)

Fasa 2 : Hentian Teksi (13/2/2017-12/8/2017)

Fasa 3 : Laluan Pejalan Kaki@Hentian Bas Sediada (13/2/2017-22/4/2017

Fasa 4 : Pembinaan Plaza (1/4/2017-22/1/2018)

Dijangkakan tempoh keseluruhan kerja-kerja menaiktaraf ini akan mengambil masa selama 12 bulan dan dijangka selesai sepenuhnya pada bulan Januari 2018.

Sementara kerja-kerja menaiktaraf sedang berlangsung, beberapa laluan pejalan kaki serta jalan-jalan utama akan ditutup dan akan dialihkan mengikut kesesuaian. Antara kawasan-kawasan yang akan terlibat merangkumi laluan utama di Menara Utama, Menara Selatan dan Bangunan Trauma & Kecemasan. Notis penutupan jalan dan aliran trafik akan dinaikkan mengikut kesesuaian.

Mohon diambil maklum juga bahawa ruang niaga yang menempatkan peniaga makanan di Bangunan Trauma & Kecemasan kini akan ditutup untuk kerja-kerja renovasi yang dijangkakan untuk tempoh 6 bulan bermula Jun 2017 hingga Disember 2017. Bagi kemudahan para pelanggan dan staf PPUM, kami sedang berusaha untuk menempatkan beberapa ''food truck'' serta kiosk-kiosk yang menjual makan di sekitar kawasan PPUM.

Pihak kami akan cuba untuk meminimakan kesulitan sepanjang tempoh kerja-kerja menaiktaraf ini berlangsung, namun kerjasama dan kesabaran anda amat diharapkan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua di masa hadapan. Oleh itu, segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh menaiktaraf premis kami ini amat dikesali.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my