Butiran Berita


  
ANUGERAH TEMPAT KETIGA PASUKAN TERBAIK SEKTOR AWAM (PERSEKUTUAN) SEMPENA ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2019
 Dikemaskini Pada: 11/11/2019
 

Pasukan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) yang dikenali dengan nama CTwarriors dari Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan telah berjaya memenangi Anugerah Tempat Ketiga Pasukan Terbaik di antara 20 Kumpulan Terbaik kategori Sektor Awam (Persekutuan) sempena Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2019 yang berlangsung dari 5 hingga 7 November 2019 di Sunway Pyramid Convention Centre.

Projek penambahbaikan kualiti yang bertajuk “CT Chest Abdomen Pelvis: Optimising Contrast Media Based on Body Weight and Bolus Tracking Method” turut menerima penarafan 5 Bintang (Anugerah Emas) di konvensyen tersebut kerana berjaya menghasilkan penjimatan kos dan menjamin keselamatan pesakit PPUM. Dengan penganugerahan ini, pasukan CTwarriors akan bertanding di peringkat antarabangsa pada tahun 2020.

Acara APIC 2019 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan menyediakan platform kepada pelbagai industri berkongsi amalan terbaik dalam jaringan kawalan kualiti (QC) bagi peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Pada tahun ini, ia disertai oleh 300 kumpulan yang mewakili 125 organisasi di mana keberkesanan projek terhadap peningkatan produktiviti telah dibentangkan.

Diharapkan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua staf PPUM untuk menjayakan aktiviti peningkatan kualiti secara berterusan di PPUM.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas pencapaian tersebut. Selamat maju jaya di persada antarabangsa pada tahun 2020.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my