Butiran Berita


  
MAJLIS AMANAT PENGARAH 2019 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
 Dikemaskini Pada: 1/18/2019
 

Pada harini ini telah berlangsungnya Amanat Pengarah 2019 Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin. Beliau turut memberitahu hala tuju PPUM serta pelan strategik yang dirangka bertujuan untuk membantu PPUM mencapai matlamat dan memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti kepada pelanggan.

Turut berlangsung ialah Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dimana ianya merupakan satu isiatif yang telah dibuat oleh pihak SPRM untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam warga PPUM agar menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya rasuah. Bacaan ikrar diketuai oleh Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya disaksikan oleh Tuan Khairuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Operasi, SPRM Negeri Selangor bersama Timbalan-Timbalan Pengarah PPUM.

Semoga segala inisiatif serta program yang dilakukan memberi suntikan semangat agar kita bersama-sama berusaha dan berdoa supaya PPUM akan sentiasa berada di landasan yang tepat untuk mengekalkan hasrat menjadi peneraju pengajar perubatan di Malaysia.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my