Detail News


  
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2016
 Update on: 23/11/2016
 17 November 2016

Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian sambutan World Antibiotic Awareness Week Peringkat PPUM 2016 di Konkos, Menara Utama, PPUM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan Penasihat Program bagi majlis sambutan ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Puan Harbans Kaur Harcharan Singh, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM.

Turut berlangsung, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mencipta Video Kempen Kesedaran Antibiotik, Pertandingan QIT, dan ceramah umum untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan antibiotik dalam kalangan pengamal perubatan dan pengguna.

Sambutan berlangsung selama dua hari bermula 17 hingga 18 November 2016.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my