Detail News


  
MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 2019 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
 Update on: 12/11/2019
 

Jabatan Dietetik dan Jabatan Pembangunan Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Lembah Pantai telah mengadakan audit yg berterusan ke atas setiap premis di Bangunan Kecemasan, PPUM. Hasil dari pemantauan yang berterusan sebanyak 8 premis di bangunan tersebut telah berjaya mendapat sijil pengiktirafan bersih, selamat dan sihat (BESS).

Penyampaian sijil telah diadakan pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis telah diadakan pada 11 November 2019 dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Grand Mesmera Ballroom Hotel Everly Putrajaya.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengendali makanan yg terdiri daripada pengusaha kilang makanan, "food truck" serta kedai makan/restoran yang memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan di premis masing-masing di tahap terbaik. Tahniah kepada jabatan dan auditor-auditor yang terlibat.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my