ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Dikemaskini Pada: 1/18/2019
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tahun 2019 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 - 17 Januari 2019. Tujuan Audit Dalaman adalah sebagai salah satu kaedah pemantauan dan kawalan dalaman terhadap proses dan prosedur utama PPUM selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001 : 2015. Aktiviti ini juga sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi Audit Pematuhan oleh badan pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman binTunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM telah merasmi dan menutup Audit Dalaman pada kali ini. Semoga Audit Dalaman 2019 ini dapat menilai keberkesanan dan kepatuhan Jabatan dalam mencapai objektif dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPUM.
...Arkib Berita