Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='112134' and status='1' order by idDokumen desc
  
SAMBUTAN HARI TIBI PERINGKAT PPUM 2018
 Update on: 28/3/2018
 Pada 23 Mac 2018, Sambutan Hari TIBI peringkat PPUM telah diadakan di Auditorium Menara Selatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan).

Di dalam ucapan perasmian, Prof, Madya Dr. Nazirah memaklumkan bahawa penyakit TIBI telah lama wujud dalam sejarah tamadun manusia dan sehingga kini masih menjadi masalah utama kesihatan awam. Walaubagaimanapun, penemuan kuman TIBI Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 telah berjaya menyembuhkan penyakit TIBI.

Pada tahun 2017, sebanyak 2,098 kematian akibat TIBI telah dilaporkan di Malaysia dan angka ini bersamaan dengan 4 kematian berpunca dari jangkitan TIBI setiap hari, katanya lagi. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "Wanted: Leader For A TB-Free World. You can Make History-End TB".

Pemilihan tema ini bertujuan untuk memperkasakan peranan setiap individu atau kumpulan dalam menghentikan jangkitan TIBI. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikannya. Kesimpulannya kita mampu hentikan penularan penyakit TIBI.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my