Detail News


  
PERASMIAN MYSTARFISH
 Update on: 12/1/2020
 

Pada 11 Januari 2020, Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad telah sudi hadir ke Majlis Jamuan Teh untuk kanak-kanak di bawah jagaan Unit “Paediatric Pain & Palliative Care”, Jabatan Pediatrik serta merasmikan “MyStarfish”. PPUM telah menubuhkan Unit Penjagaan Paliatif Kanak-Kanak secara rasmi pada 1 Januari 2018 dengan objektif untuk meningkatkan kualiti penjagaan paliatif kepada pesakit kanak-kanak. Diharap kesedaran terhadap rawatan paliatif pediatrik di kalangan masyarakat khususnya warga perkhidmatan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Perkhidmatan unit ini merangkumi rawatan fizikal seperti rawatan kesakitan serta memenuhi keperluan psikososial dan rohani. Seramai lebih kurang 120 orang pesakit dan ahli keluarga mereka telah hadir memeriahkan majlis

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my