Detail News


  
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ADIK FARIS WAFIUDDIN
 Update on: 15/3/2018
 Pada 13 Mac 2018, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 200,000 dari Yayasan Darul Iman bagi menampung kos rawatan adik Faris Wafiuddin Faris Irwan, 10 bulan untuk menjalani pembedahan di Hospital Renjin, Shanghai, China.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana adik Faris masih menerima rawatan di PPUM. Majlis turut disaksikan oleh YM. Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM dan Prof. Dr. Lee Way Seah, Pakar Perunding Kanan, Jabatan Pediatrik, PPUM .

Terima kasih Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di atas keprihatinan dan semoga adik Faris Wafiuddin selamat menjalani pembedahan.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my