Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='55102' and status='1' order by idDokumen desc
  
SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PPUM DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016
 Update on: 27/7/2016
 22 JULAI 2016

Bertempat di Konferens 3, Menara Selatan, PPUM, Jabatan Kejururawatan PPUM mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di samping mengambil kesempatan meraikan para Jururawat PPUM yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Jamuan Hari Raya ini telah dihadiri oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM dan isteri, bersama YDH Prof. Madya Dr. Nazirah, Timbalan Pengarah (Klinikal) bersama para Pegawai Kejururawatan.

Majlis turut dimeriahkan dengan kejutan oleh tetamu undangan khas, YBhg Dato Aznil Haji Nawawi yang sudi hadir meraikan seluruh tetamu pada malam tersebut.

Bagi pihak urusetia, PPUM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato Aznil serta penaja dari Bank Rakyat yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Ucapan terima kasih juga buat urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my