Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='111133' and status='1' order by idDokumen desc
  
OPENING CEREMONY OF 1ST RESUSCITATION UMMC CONFERENCE 2018
 Update on: 14/3/2018
 ''1st Resuscitation UMMC Conference'' PPUM telah mengadakan Persidangan Resusitasi Pertama PPUM 2018 selama 3 hari bermula pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2018. Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim bin Hashim, Naib Canselor, Universiti Malaya pada 11 Mac 2018.

Majlis turut dihadiri oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan dan YBhg. DCP Dato'' Fatimah binti Abdul Hamis, Timbalan Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Persidangan ini diadakan bagi berkongsi ilmu pengetahuan, bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara organisasi kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam perawatan perubatan kecemasan. Peserta-peserta yang hadir adalah dari organisasi seperti hospital, Pusat Perubatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, NGO dan syarikat-syarikat swasta.

Di dalam ucapannya, Naib Canselor memaklumkan aktivti baru Jabatan Perubatan Kecemasan adalah perkhidmatan Pasukan Paramedik Bermotosikal dan ceramah umum untuk pengamal perubatan dan juga masyarakat. Beliau juga menyarankan agar Persidangan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my