Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='116130' and status='1' order by idDokumen desc
  
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN HOSPITAL WILAYAH
 Update on: 1/6/2018
 Penyampaian sumbangan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada 13 hospital terpilih di Wilayah Persekutuan untuk mengisi Tabung-Tabung Kebajikan Hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan telah diadakan pada 31 Jun 2018 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Ir. (Dr.) Abdul Rahim bin Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya dan YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini juga, pihak MAIWP turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada 490 pesakit di wad dewasa dan 150 hamper kepada pesakit di wad kanak-kanak. Diharap sumbangan ini dapat menceriakan pesakit-pesakit di PPUM terutamanya menjelang hari lebaran yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my