Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='112149' and status='1' order by idDokumen desc
  
MAJLIS SAMBUTAN HARI AKTIVITI PERINGKAT PPUM 2018
 Update on: 19/4/2018
 Hari Aktiviti Fizikal telah disambut pada 6 April setiap tahun di seluruh dunia setelah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sehubungan itu, PPUM turut sama mengadakan Majlis Sambutan Hari Aktiviti Peringkat PPUM pada 11 April 2018 di Tingkat 14, Menara Selatan. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) dan majlis turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan dan lebih kurang 100 staf. Di dalam ucapan perasmian, Prof. Madya Nazirah memaklumkan aktiviti fizikal boleh mencegah seseorang dari mendapat penyakit tidak berjangkit terutamanya sekiranya ia dimulakan sejak dari usia muda lagi. Ini adalah kerana fakta menunjukkan lebih daripada 80% penduduk remaja global masih tidak aktif. Tema Hari Aktiviti Fizikal adalah ''Jom Menjadi Aktif Setiap Hari''. Marilah kita sama-sama membentuk komuniti Pusat Perubatan yang aktif dan menjadi contoh kepada masyarakat.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my