Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='116132' and status='1' order by idDokumen desc
  
MAJLIS DIALOG DI ANTARA PENGURUSAN DAN STAF PPUM SESI 1/2018
 Update on: 5/6/2018
 Pada 4 Jun 2018, PPUM telah menganjurkan Majlis Dialog di antara Pengurusan dan Staf PPUM Sesi 1/2018 di Dewan Sekapur Sirih, PPUM. Pelbagai pandangan, cadangan dan soalan telah diutarakan oleh staf terutamanya staf yang hadir bagi mendapatkan informasi yang terkini mengenai PPUM.

Barisan Pengurusan PPUM telah diketuai oleh YM Tunku Kamarul Zaman bin Zainal Abidin, Pengarah PPUM dan turut dihadiri olehTimbalan-Timbalan Pengarah PPUM serta Ketua-Ketua Jabatan. Perkongsian idea, cadangan, persoalan dan aduan akan diberi perhatian serius serta Pengarah PPUM turut menitipkan kata-kata nasihat agar staf PPUM lebih komited, dedikasi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta menjaga nama baik PPUM.

Majlis turut disertai oleh Datuk Ir. (Dr.) Adbul Rahim Hashim, Naib Canselor UM yang secara kebetulan berada di PPUM. Terima kasih kepada Datuk Naib Canselor yang turut memberikan pandangan dan kata nasihat kepada warga PPUM.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my