Detail News


  
ZIARAH MAHABBAH JAWI SEMPENA AMBANG RAMADAN 1440H
 Update on: 2/5/2019
 

2 Mei 2019 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Zon 6 telah mengadakan ziarah mahabbah di PPUM sempena Ambang Ramadan pada tahun ini. Rombongan seramai 20 orang yang diketuai oleh Ustaz hj Munir bin Hj. Md Salleh Timbalan Pengarah Operasi JAW. Tujuan utama ziarah ini alah untuk mewujudkan jalinan ukhuwah antara JAWI, masjid dan hospital bagi menyantuni pesakit sesuai dengan prinsip “Rahmatal Lil Alamin”. Pada kali ini wad 9U Ortopedik telah terpilih dengan jumlah pesakit ketika ini seramai 31 orang. Melalui ziarah ini, terpancar wajah ceria dikalangan pesakit menerima kunjungan rombongan ini. Diharap program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang agar ianya dapat meringankan kesakitan yang hadapi oleh pesakit dan seterusnya memberi ransangan dan motivasi buat mereka untuk kembali sembuh seperi sedia kala.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my