Detail News

select * from kod_dokumen where kod ='1' and iddokumen ='112146' and status='1' order by idDokumen desc
  
LAWATAN OLEH IBU PEJABAT POLIS DAERAH PETALING JAYA
 Update on: 19/4/2018
 Pada 4 April 2018, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah mengadakan lawatan ke PPUM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 211, Tahun 2018. Tuan ACP Mohd Zani bin Che Din, Ketua Balai Polis Daerah Petaling Jaya dan Pn. Azizah binti Bejuri, Pengerusi PERKEP telah mengetuai lawatan bersama dengan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Daerah Petaling Jaya serta ahli-ahli PERKEP. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya turut mengiringi pelawat. Sebagai menghargai komitmen dan jalinan kerjasama erat di antara kedua-dua organisasi, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya juga telah menyampaikan surat penghargaan dan cenderahati kepada Jabatan-Jabatan di PPUM yang terlibat secara langsung di dalam membantu penugasan rasmi Polis DiRaja Malaysia. Disamping itu, penyampaian cenderahati bersama-sama dengan maskot ''SUPERHERO'' untuk menceriakan pesakit-pesakit di Wad Pediatrik 8PA dan 8PB juga telah diadakan. Tahniah kepada Jabatan Polis DiRaja Malaysia khususnya kepada Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Petaling Jaya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Yang ke 211 Tahun 2018. Diharap kerjasama yang erat ini akan diteruskan. Terima kasih semua, terimalah serangkap pantun ini:- Enaknya rasa sibuah beri Sungguh manis dan berseri Terima kasih ucapan diberi Kerana sudi hadir kemari

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my