Detail News


  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2018 (PESARA DAN SETIA)
 Update on: 19/4/2018
 Pada 18 April 2018, PPUM telah mengadakan Majlis Penghargaan Perkhidmatan PPUM 2018 (Pesara dan Setia) bagi meraikan para pesara dan staf yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan 30 tahun. Majlis turut dihadiri oleh Dato'' Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin dan ahli-ahli pengurusan PPUM. Pada tahun ini, seramai 88 orang pesara dan bakal pesara akan bersara dari perkhidmatan di PPUM. Di samping itu, seramai 46 staf dan 32 staf yang setia berkhidmat di PPUM selama 20 dan 30 tahun yang terdiri dari pelbagai kategori jawatan juga akan menerima anugerah setia. Kepada para pesara, selamat bersara dan semoga masa yang terluang akan tetap terisi dengan aktiviti bersama keluarga tercinta. Kepada yang menerima anugerah setia, tahniah dan syabas diucapkan kerana telah setia bersama PPUM serta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan cemerlang bagi memastikan kejayaan PPUM sehingga kini.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my