Detail News


  
MAJLIS SAMBUTAN HARI KERJA SOSIAL PPUM 2018
 Update on: 16/5/2018
 Pada 15 Mei 2018, Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Kerja Sosial Perubatan peringkat PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal), PPUM.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ''Promoting Community and Environmental Sustainability''. Cabaran yang dihadapi oleh Pekerja Sosial Perubatan pada masa kini dan hadapan adalah semakin kompleks dan perlu ditandatangani dengan lebih berkesan agar tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental serta trauma yang berpanjangan kepada pesakit.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan turut memberi perkhidmatan yang prihatin dan nilai tambah serta sokongan bukan klinikal kepada perkhidmatan di PPUM terutamanya di dalam menguruskan kes-kes di wad dan klinik dalam semua disiplin klinikal agar berjalan lancar.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my