Majlis Penghargaan Perkhidmatan

Majlis Penghargaan Perkhidmatan adalah satu majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada staf PPUM yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada PPUM melalui Anugerah Khidmat Cemerlang disamping meraikan dan menghargai pesara serta bakal pesara melalui Anugerah Penghargaan Persaraan dan juga penghargaan kepada staf yang setia berkhidmat di PPUM selama 20 tahun dan 30 tahun melalui Anugerah Perkhidmatan Setia. Selain itu, pengiktirafan dan penghargaan juga turut diberikan kepada staf/kumpulan yang membudayakan kecemerlangan yang baik dalam tugas rasmi mahupun tugas bukan rasmi melalui Anugerah Khas. Majlis Penghargaa Perkhidmatan ini juga merupakan satu manifestasi keprihatinan Pengursan PPUM terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul dalam mencapai ekspektasi yang telah disarankan serta dalam memberikan penyampaian terbaik kepada organisasi dan masyarakat.

JK Multimedia

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) adalah anugerah yang diberikan kepada staf di PPUM bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan staf berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain staf untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Anugerah Perkhidmatan Setia

Anugerah Perkhidmatan Setia adalah anugerah yang diberikan kepada staf di PPUM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi serta telah memberikan komitmen yang tinggi serta menunjukkan kecemerlangan dan kesetiaan dalam perkhidmatan di PPUM. Anugerah ini diberikan kepada staf yang telah setia berkhidmat bagi tempoh perkhidmatan selama 20 tahun dan 30 tahun.

Anugerah Penghargaan Persaraan

Anugerah Penghargaan Persaraan adalah anugerah yang diberikan kepada staf di PPUM yang telah bersara dan bakal bersara termasuk gemulah sebagai menghargai sumbangan jasa bakti mereka sepanjang berkhidmat di PPUM. Anugerah ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu Anugerah Persaraan Wajib, Anugerah Persaraan Pilihan dan Kesihatan dan Gemulah.

Anugerah Khas

Anugerah Khas adalah anugerah yang diberikan kepada staf / kumpulan yang membudayakan kecemerlangan dengan mengharumkan nama PPUM dalam aktiviti sukarela, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan lain-lain. Antara kategori dalam anugerah ini adalah Anugerah Tokoh PPUM, Anugerah Khas Pengarah, Anugerah Khas Berkumpulan / Khidmat Sosial, Anugerah Khas Cemerlang Berkumpulan dan lain-lain.