Event Archive

March   2020


  
PENGISIAN JAWATAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
 Update on: 10/3/2020
 

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA DENGAN INI MEMPELAWA CALON- CALON YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI JAWATAN BERIKUT:-

1.0 JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/ UD47/UD51/ UD53

KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI : TETAP/ SEMENTARA/ KONTRAK
JADUAL GAJI :
UD43 RM3,611.00 – RM10,560.00
UD47 RM5,211.00 – RM11,769.00
UD51 RM5,860.00 – RM12,449.00
UD53 RM6,182.00 – RM13,256.00

KEKOSONGAN :

  • PEDIATRIK
    • NEONATAL INSENTIVE CARE UNIT (NICU) (PAKAR KLINIKAL/ PEGAWAI PERUBATAN)
    • CARDIO PEADS (PAKAR KLINIKAL)
    • RESPIRATORY (PAKAR KLINIKAL)
  • SURGERI
    • CTS/ CARDIOTHORACIC
    • PEADS SURGERI
    • PLASTIC SURGERI
    • UROLOGI & RENAL
    • LIVER
    • UPPER G.I
      (PAKAR KLINIKAL/ PEGAWAI PERUBATAN)
  • ANESTESIOLOGI
    • VASCULAR ANES.
    • INSENTIVE CARE UNIT
      (PAKAR KLINIKAL/ PEGAWAI PERUBATAN)
  • OBSTETRIK & GINEKOLOGI
    • FETO MATERNAL
    • ADOLESENT GYNAE /PAEDS
    • UROGYNAE
      (PAKAR KLINIKAL/ PEGAWAI PERUBATAN)
  • ONKOLOGI KLINIKAL
    • (PAKAR KLINIKAL/ PEGAWAI PERUBATAN)

SYARAT LANTIKAN WAJIB:-
i. Keutamaan kepada warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT LANTIKAN:-
Kelayakan masuk : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan : Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia

ATAU
Kelayakan masuk : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan : Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED UD43/ UD47/ UD51/ UD53
Kelayakan masuk : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan :
a) memenuhi syarat lantikan dan syarat kelayakan Bahasa Melayu
b) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan

Gaji Permulaan :
UD43 RM3,611.00 (GAJI PERMULAAN)
UD47 RM5,211.00 (GAJI PERMULAAN)
UD51 RM5,860.00 (GAJI PERMULAAN)
UD53 RM6,182.00 (GAJI PERMULAAN)

Dan
Syarat Lantikan Tambahan : mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan
Syarat Bahasa Melayu : Lulus di peringkat SPM/SVM
Dan
Bidang Kelayakan Akademik Perubatan

SYARAT TAMBAHAN
Calon adalah dikehendaki untuk menyatakan pemilihan sub kepakaran/ bidang klinikal yang dipilih di dalam bahagian Keterangan Diri. Calon juga adalah diingatkan memastikan pemilihan sub kepakaran/ bidang adalah muktamad dan sebarang pertukaran sub kepakaran/ bidang selepas dilantik adalah tidak dibenarkan.

PERMOHONAN
Tarikh iklan ialah mulai 10 Mac 2020 (Selasa) hingga 23 Mac 2020 (Selasa). Sila layari laman sesawang berikut untuk keterangan lanjut:
1.
mors.ummc.edu.my/ (Pengisian jawatan Pegawai Perubatan).

...

  
DIPLOMA LANJUTAN DAN SIJIL POS BASIK 2020
 Update on: 4/3/2020
 

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program :

  1. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN PERIOPERATIF (MQA / FA 8920)
  2. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KECEMASAN ( MQA / FA 8921)
  3. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KRITIKAL (MQA / FA 8922)
  4. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KEBIDANAN (MQA / FA 4386)
  5. SIJIL POS BASIK KEJURURAWATAN RENAL

 

Tempoh Program :

Sepenuh Masa : 1 Tahun (Diploma Lanjutan) dan 6 bulan (Sijil)

Tarikh Pendaftaran :

27 JULAI 2020 (DIPLOMA LANJUTAN DAN SIJIL)
28 SEPTEMBER 2020 (DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN)

Tempat Program :

Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelayakan :

  1.  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Lulus mata pelajaran Sejarah (bagi calon SPM 2013 dan ke atas)
  2. Mempunyai sijil, diploma atau ijazah kejururawatan dari institusi yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  4. Mempunyai sijil amalan tahunan semasa dari Lembaga Jururawat Malaysia
  5. Pengalaman kerja klinikal sekurang-kurangnya 2 tahun selepas habis pengajian

 

Tarikh Tutup :

 17 APRIL 2020

Cara Permohonan :

  1. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM 10.00 ke dalam akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya / No: Akaun 14171010003107 dan pemohon perlu mengemukakan bukti bayaran/resit bank.
  2. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada zikry@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin/katalaluan. No pin/katalaluan akan diemail kepada pemohon pada waktu bekerja sahaja.
  3. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem spp.ummc.edu.my dan pemohon perlu mengisi borang atas talian.
  4. Sijil yang telah disahkan BENAR perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian :
    • Salinan sijil / Transkrip /diploma / ijazah Kejururawatan
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Salinan Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) dan
    • Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  5. Maklumat lanjut berkenaan Program yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes

 

Yuran Program (Setiap Calon) :

RM12,000.00 : Diploma Lanjutan Kebidanan Sahaja
RM9,000.00 : Lain-lain Diploma Lanjutan
RM5,150.00 : Sijil

PERHATIAN : Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

...

 

 

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my