Event Details


SIJIL PERAWATAN RENAL
 Update on: 9/8/2019

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program : SIJIL PERAWATAN RENAL

Tempoh Program : Sepenuh Masa (6 bulan)

Tarikh Pendaftaran : 20 JANUARI 2020 

Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelayakan :

  1. Mempunyai Sijil / Diploma atau Ijazah Kejururawatan dari institusi yang diiktiraf.
  2. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  3. Mempunyai Sijil Amalan Tahunan semasa (APC).
  4. Mempunyai pengalaman kerja di klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  5. Telah disahkan dalam jawatan sekarang (bagi staf Pusat Perubatan Universiti Malaya).
  6. Lulus dalam matapelajaran Sejarah (Calon SPM tahun 2013 ke atas)


Tarikh Tutup : 29 SEPTEMBER 2019 (AHAD)

 Cara Permohonan :

  1. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM 10.00 ke dalam   akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya / No: Akaun 14171010003107 dan pemohon perlu mengemukakan bukti bayaran/resit bank.
  2. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada amirulmus@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin/katalaluan. No pin/katalaluan akan diemail kepada pemohon pada waktu bekerja sahaja.
  3. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem http://spp.ummc.edu.my/ dan pemohon perlu mengisi borang atas talian.
  4. Sijil yang  telah disahkan BENAR perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian :
    • Salinan sijil / Transkrip /diploma / ijazah Kejururawatan
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Salinan Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) dan Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  5. Maklumat lanjut berkenaan Program yang ditawarkan boleh didapati di http://www.ummc.edu.my/cohes


Yuran Program (Setiap Calon) : RM5,000.00

PERHATIAN : Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my