Butiran Acara


KURSUS DIPLOMA LANJUTAN UNTUK PENGAMBILAN SEPTEMBER 2018
 Dikemaskini Pada: 5/18/2018

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program : DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN
Tempoh Program : 1 tahun (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 18 September 2018 hingga 16 September 2019
Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kelayakan :

  1. Mempunyai Sijil / Diploma atau Ijazah Kejururawatan dari institusi yang diiktiraf.
  2. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  3. Mempunyai Sijil Amalan Tahunan semasa (APC).
  4. Mempunyai pengalaman kerja di klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dalam pengkhususan yang dipohon.
  6. Telah ditetapkan dalam jawatan sekarang (bagi staf Pusat Perubatan Universiti Malaya).
  7. Lulus subjek sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tarikh Tutup Permohonan : 6.6.2018 (Rabu)
Cara Permohonan :

  1. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM10.00 ke dalam akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya (No: Akaun 14171010003107) dan pemohon perlu mendapatkan resit bank.
  2. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada faris.ikhwan@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin / katalaluan. No pin / katalaluan akan di emel kepada pemohon.
  3. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem http://spp.ummc.edu.my dan pemohon perlu mengisi borang atas talian.
  4. Sijil berikut perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian:
    • Salinan Sijil / Transkrip /Diploma / Ijazah Kejururawatan
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Salinan Sijil Amalan Tahunan semasa (APC)

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my