Event Details


PROGRAM DIPLOMA
 Update on: 16/6/2021

Permohonan (Kali Ke-3) adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti program berikut:

Nama Program :

  1. DIPLOMA KEJURURAWATAN (MQA/FA8919)
  2. DIPLOMA RADIOGRAFI (MQA/SWA0812)
  3. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN (MQA/SWA0813)


Umur :
Berumur 18 hingga 25 tahun

Taraf Perkahwinan :
Bujang

Tempat Pengajian :
Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Tempoh Program :
3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik :
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  1. KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS ujian lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah, SERTA
  2. Bagi Program (1) memperolehi KEPUJIAN dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  3. Bagi Program (2) memperolehi KEPUJIAN dalam  dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  4. Bagi Program (3) memperolehi KEPUJIAN dalam  dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)


Taraf Kesihatan:
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Penajaan :
Calon boleh memohon pembiayaan pengajian melalui PTPTN atau lain-lain badan penaja.

Tarikh Permohonan :
17 Jun 2021  Hingga 4 Julai 2021  

Tarikh Pendaftaran :
SEPTEMBER 2021

Cara Permohonan

  1. Pemohon perlu nyatakan Nama penuh/ No.K/P/ Alamat emel/ No.telefon/ Program yang dimohon kepada emel kewpelajarksk@ummc.edu.my. Sijil perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan:
  2. Salinan Kad pengenalan
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
  5. Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes.
  6. Pemohon yang memenuhi kelayakan akademik akan dihubungi oleh Pentadbiran Kolej Sains Kesihatan,PPUM melalui emel kewpelajarksk@ummc.edu.my.


PERHATIAN :

Hanya calon Diploma Kejururawatan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Tiada sesi temu duga bagi calon Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

NOTA :
Sebarang maklumat tarikh temuduga bagi calon Diploma Kejururawatan dan tarikh pendaftaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my