Butiran Acara


IKLAN JAWATAN KOSONG - PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
 Dikemaskini Pada: 3/21/2019

Iklan Jawatan Kosong

Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi kekosongan jawatan di bawah Tabung Khazanah sebagaimana berikut;

SKIM PERKHIDMATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 3
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 April 2019

KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai Ijazah Kepujian Dalam Bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau yang setaraf dengan CGPA 2.7 ke atas.
  3. Berumur kurang dari 35 tahun semasa tarikh tamat iklan.
  4. Mempunyai kemahiran pengaturcaraan menggunakan Bahasa PHP, HTML, HTML5, JavaScript, Visual Basic atau C# atau C++, dan ASP
  5. Mempunyai kemahiran memanipulasi query pangkalan data menggunakan SQL language.
  6. Mahir menggunakan perisian MySQL/MariaDB, Microsoft SQL Server.
  7. Mahir dengan Perisian Sistem Pengoperasian Linux Ubuntu dan Microsoft Windows Server.
  8. Mahir menggunakan perisian Ms Excel, SPSS atau perisian setaraf untuk penjanaan laporan dan statistik.
  9. Calon terpilih adalah WAJIB Lulus dengan CEMERLANG ujian saringan pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan & manipulasi data yang akan diadakan.
  10. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang data analitik, "Data Mining / Data Warehousing / big data" merupakan satu kelebihan.
  11. Mempunyai kemahiran dalam penghasilan multimedia yang berkualiti juga merupakan satu kelebihan.
  12. Boleh bekerja secara atas panggilan dan di luar kawasan.
  13. Calon hendaklah menghantar resume lengkap beserta gambar terkini berukuran passport dan digalakkan mengemukakan contoh-contoh kerja / projek / penghasilan yang dirasakan dapat membantu menguatkan pemilihan calon.

CARA MEMOHON

  1. Bagi calon yang berminat, resume boleh diemel kepada : jpp_vacancy@ummc.edu.my
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my