Butiran Acara


PROGRAM DIPLOMA 2020
 Dikemaskini Pada: 2/24/2020

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti program berikut :

Nama Program :

  1. DIPLOMA KEJURURAWATAN (MQA / FA 8919)
  2. DIPLOMA RADIOGRAFI (MQA / SWA 0812)
  3. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN (MQA / SWA 0813)

Umur : Berumur 18 hingga 25 tahun
Taraf Perkahwinan : Bujang
Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya
Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)
Kelayakan Akademik : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat:-
(a) KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS ujian lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah, SERTA
(b) Bagi Program (1) memperolehi KEPUJIAN dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
(c) Bagi Program (2) memperolehi KEPUJIAN dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
(d) Bagi Program (3) memperolehi KEPUJIAN dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan
Penajaan : Calon boleh memohon pembiayaan pengajian melalui PTPTN atau lain-lain badan penaja
Tarikh Permohonan : 2 MAC 2020 Hingga 31 MAC 2020
Tarikh Pendaftaran : 5 JULAI 2020 (AHAD)

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui spp.ummc.edu.my atau melalui laman web kami di www.ummc.edu.my/cohes. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan. No. Pin boleh dibeli mulai 2 Mac 2020. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  2. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga (Program 1 sahaja) melalui spp.ummc.edu.my mulai 13 April 2020 hingga 19 April 2020. Keputusan permohonan/temu duga akan diumumkan mulai 22 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.
  3. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes.

PERHATIAN : Hanya calon Diploma Kejururawatan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my