Event Details


DIPLOMA LANJUTAN DAN SIJIL POS BASIK 2020
 Update on: 4/3/2020

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program :

  1. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN PERIOPERATIF (MQA / FA 8920)
  2. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KECEMASAN ( MQA / FA 8921)
  3. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KRITIKAL (MQA / FA 8922)
  4. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KEBIDANAN (MQA / FA 4386)
  5. SIJIL POS BASIK KEJURURAWATAN RENAL

 

Tempoh Program :

Sepenuh Masa : 1 Tahun (Diploma Lanjutan) dan 6 bulan (Sijil)

Tarikh Pendaftaran :

27 JULAI 2020 (DIPLOMA LANJUTAN DAN SIJIL)
28 SEPTEMBER 2020 (DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN)

Tempat Program :

Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelayakan :

  1.  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Lulus mata pelajaran Sejarah (bagi calon SPM 2013 dan ke atas)
  2. Mempunyai sijil, diploma atau ijazah kejururawatan dari institusi yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  4. Mempunyai sijil amalan tahunan semasa dari Lembaga Jururawat Malaysia
  5. Pengalaman kerja klinikal sekurang-kurangnya 2 tahun selepas habis pengajian

 

Tarikh Tutup :

 17 APRIL 2020

Cara Permohonan :

  1. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM 10.00 ke dalam akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya / No: Akaun 14171010003107 dan pemohon perlu mengemukakan bukti bayaran/resit bank.
  2. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada zikry@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin/katalaluan. No pin/katalaluan akan diemail kepada pemohon pada waktu bekerja sahaja.
  3. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem spp.ummc.edu.my dan pemohon perlu mengisi borang atas talian.
  4. Sijil yang telah disahkan BENAR perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian :
    • Salinan sijil / Transkrip /diploma / ijazah Kejururawatan
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Salinan Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) dan
    • Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  5. Maklumat lanjut berkenaan Program yang ditawarkan boleh didapati di www.ummc.edu.my/cohes

 

Yuran Program (Setiap Calon) :

RM12,000.00 : Diploma Lanjutan Kebidanan Sahaja
RM9,000.00 : Lain-lain Diploma Lanjutan
RM5,150.00 : Sijil

PERHATIAN : Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my