Event Details


PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN DAN SIJIL PERAWATAN RENAL BAGI SESI KEMASUKAN JULAI 2022
 Update on: 19/1/2022

Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :

Program :

1. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN (PERAWATAN PERIOPERATIF) (MQA/FA8920)
2. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KECEMASAN (MQA/FA8921)
3. DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN KRITIKAL (MQA/FA8922)
4. DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN (MQA/FA4386)
5. SIJIL PERAWATAN RENAL

Tempoh Program : Sepenuh Masa : 1 Tahun (Diploma Lanjutan) dan 6 bulan (Sijil)

Tarikh Pendaftaran : 04 JULAI 2022 (DIPLOMA LANJUTAN DAN SIJIL)

Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kelayakan :

(a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Lulus mata pelajaran Sejarah (bagi calon SPM 2013 dan ke atas);
(b) Mempunyai Sijil/ Diploma atau Ijazah Kejururawatan dari institusi yang diiktiraf;
(c) Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia;
(d) Mempunyai Sijil Amalan Tahunan semasa (APC); dan
(e) Mempunyai pengalaman kerja di klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

Tarikh Tutup : 13 MAC 2022

Cara Permohonan :

i. Pemohon perlu membayar wang proses dengan memasukkan RM10.00 ke dalam akaun mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya/ No: Akaun 14171010003107 dan pemohon perlu mengemukakan bukti bayaran/ resit bank.
ii. Pemohon perlu mengimbas resit tersebut dan emelkan kepada zikry@ummc.edu.my bagi memperolehi no pin/ katalaluan. No pin/ katalaluan akan diemel kepada pemohon pada waktu bekerja sahaja.
iii. Setelah kata laluan diperolehi, pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam sistem http://spp.ummc.edu.my/ dan pemohon perlu mengisi borang dalam talian.
iv. Sijil yang telah disahkan BENAR perlu diimbas dan dimuatnaik ke dalam permohonan melalui talian:
• Salinan Sijil /Transkrip /Diploma /Ijazah Kejururawatan;
• Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
• Salinan Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC); dan
• Sijil Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
v. Maklumat lanjut berkenaan Program yang ditawarkan boleh didapati di https://www.ummc.edu.my/cohes/

Yuran Program (Setiap Calon) :

RM12,000.00 : Diploma Lanjutan Kebidanan Sahaja
RM9,000.00 : Lain-lain Diploma Lanjutan
RM5,000.00 : Sijil

PERHATIAN : Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my