Butiran Acara


JAWATAN KOSONG - PENOLONG AKAUNTAN GRED WA29, PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
 Dikemaskini Pada: 3/27/2018

Jabatan Pembangunan Perniagaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED WA29
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 April 2018

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan
    1. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya dengannya.
    2. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. Sila emel resume kepada:  jpp_vacancy@ummc.edu.my
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dan tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 April 2018

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  2. warganegara Malaysia
  3. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan oleh Kerajaan
    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. Sila emel resume kepada: jpp_vacancy@ummc.edu.my
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dan tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my