Jabatan Kerja Sosial Perubatan



Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah ditubuhkan  serentak  dengan penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali sebagai  Hospital Universiti) pada tahun 1969. Jabatan ini pada awalnya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan, kemudian dikenali sebagai PTj Kebajikan Perubatan. Pada tahun 2014 jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 2, Menara Timur,
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Lembah Pantai,
59100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-7949 3215/ 03-7949 2021

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Menjalankan penilaian biopsikososial untuk mengoptimakan kefungsian pesakit dan keperluan yang kompleks dalam menyediakan penjagaan pesakit yang komprehensif dan holistik bergantung kepada sumber yang ada.
  • Menyediakan terapi sokongan dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga dalam menangani penyakit, rawatan dan impak psikososial mereka
  • Menyediakan khidmat pengurusan krisis kepada pesakit/keluarga yang berada di dalam krisis
  • Membantu pesakit dengan bantuan praktikal dan kewangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan.
  • Bertindak sebagai pegawai penghubung antara pesakit, keluarga dan komuniti dengan sumber yang ada dan bersesuaian
  • Merancang proses perancangan discaj dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial pesakit.

  1. Lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Shah Alam bagi membincangkan isu-isu tentang pendaftaran kelahiran kanak-kanak terutama bagi kes-kes  yang berkaitan dengan isu sosial yang tiada sebarang pengenalan diri.
  2. Jabatan ini telah diberi tanggungjawab sebagai Sekretariat Tabung Covid 19 yang mana mengawal selia segala sumbangan yang diterima dari pihak badan kerajaan, bukan kerajaan, swasta dan individu yang bermurah hati menderma bagi tujuan pembelian barangan dan peralatan perubatan perawatan pesakit yang disaring dan dirawat di PPUM.
  3. Bekerjasama dengan SK Satu Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Petaling untuk menganjurkan Program U Inspire Me di SK Satu Sultan Alam Shah.
  4. Menjayakan sambutan World Rare Disease Day kerjasama dengan Rare Disease Alliance Foundation Malaysia.
  5. Menyertai sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat Pusat Perubatan Universiti Malaya  yang dianjurkan oleh Jabatan Oftalmologi.
  6. Menghadiri The 2nd International Conference on Social Work: A Catalyst For Changing Societies and Social Cohesion In Diverse Society  pada 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020 di University of Muhammadiyah Jakarta. Kertas saintifik Surrogacy Case Study: Issues and Challenges in Medical Social Work Setting, telah dibentangkan pada konferen tersebut.
  7. Lawatan telah dilakukan ke Instalasi Rehabilitasi Rumah Sakit Jiwa Dr.Soeharto Heerdjan, Jakarta dan Balai Rehabilitasi Sosial Watunas Mulya Jaya, Jakarta  dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.
  8. Bengkel Penjagaan Palliatif dari Aspek Psikososial telah diadakan pada 2 Oktober 2020.
  9. Bekerjasama dengan Violence Intervention Committee dan Jabatan Perubatan Rawatan Utama untuk menganjurkan kursus Strategies Against Violence and Aggression - Domestic Violence (STAR-DV) 1.0 Online Training Course.
  10. En. Mohamed Afiq Mohamed Fauzi (Pegawai Pembangunan Masyarakat) telah membentangkan kertas saintifik di The 2nd International Conference On Social Work:  A Catalyst for Changing Societies and Social Cohesion in Diverse Society di Jakarta, Indonesia pada 29 Februari 2020 bertajuk Surrogacy case study:  Issues and Challenges in Medical Social Work Settings.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my