Jabatan Penyelidikan Klinikal



Pusat Penyelidikan Klinikal (CIC) merupakan pusat sehenti (one-stop centre)yang ditubuhkan untuk mengkoordinasi semua kajian klinikal yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) agar ianya selamat dan berkualiti

Fokus utama CIC adalah dalam bidang penyelidikan, perkhidmatan dan latihan. CIC berperanan sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan penyelidik-penyelidik klinikal yang berpengalaman disamping menyediakan subjek-subjek penyelidikan (dari kalangan pesakit dan orang awam yang sihat).

Pakar penyelidik kami terdiri daripada pakar perubatan daripada pelbagai bidang kepakaran di PPUM termasuk:-

  1. Kardiologi
  2. Endokrinologi
  3. Gastroenterologi
  4. Geriatrik
  5. Hematologi
  6. Penyakit Berjangkit dan AIDS
  7. Nefrologi
  8. Neurologi
  9. Sakit Puan (O&G)
  10. Onkologi
  11. Ortopedik
  12. Pediatrik
  13. Rawatan Perubatan Utama
  14. Respiratori
  15. Surgeri
  16. Anestesiologi
  17. Otorinolaringologi
  18. Psikologi

CIC juga menyediakan infrastruktur yang membolehkan pelbagai jenis kajian klinikal dilaksanakan dan dijalankan yang mematuhi piawaian antarabangsa. CIC aktiviti juga melibatkan penganjuran bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kajian klinikal

Peranan CIC meliputi pengurusan sumber manusia dan kewangan, disamping bertindak sebagai perantara kepada Jawatankuasa Etika Perubatan dan bahagian perkhidmatan klinikal yang lain seperti radiografi, makmal dan farmasi.

CIC menyediakan kemudahan seperti sumber manusia, infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan penyelidikan klinikal di PPUM

Servis yang disediakan termasuk:-

  1. Fasiliti dan infrastruktur seperti:-
    • Ruang rundingcara pesakit
    • Kemudahan bilik penyimpanan ubat dengan kaalan suhu
    • Peti sejuk beku bagi penyimpanan specimen (-800c, -200c, -300c)
    • Mesin Pengempar sejuk (Refrigerated centrifuge)
    • Peralatan diagnostik yang mesra pesakit
    • Kemudahan internet dan telekomunikasi
    • Kemudahan tempat simpanan dokumen dan pengarkiban
    • Kawasan Wad
    • Power failure alert Alarm system
  2. Servis-servis lain seperti:-
    • Ruangan pejabat
    • Perantara bagi Unit Perundangan dan Jawatankuasa Etika Perubatan
    • Pentadbiran dan pengurusan kewangan
    • Menjalankan bengkel Good Clinical Practice Workshop
    • Menjalankan latihan-latihan berkaitan dengan penyelidikan klinikal termasuk kursus "Phlebotomy" dan C&P untuk pembantu penyelidik

Nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan lanjut

Pusat Penyelidikan Klinikal (CIC)
Tingkat 5, Menara Timur, Pusat Perubatan Universiti Malaya
59100, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
No Telefon : +60 0379492351/79492886
No Fax : -
Alamat Email : cic_staff@um.edu.my
Laman Web : http://www.clinicalinvestigationcentre.com

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my