Jabatan Pediatrik



Jabatan Pediatrik mengendali 8 wad pediatrik, 1 unit harian pediatrik, 1 unit kecemasan pediatrik, dan klinik-klinik pesakit luar pediatrik. Kami berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada kanak-kanak yang berumur dari 0 ke 18 tahun.

 

Alamat:
Jabatan Pediatrik
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lembah Pantai, 59100 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-79492065

Unit Endokrin Pediatrik

  • Pengurusan pesakit pediatrik dengan masalah diabetes dan endokrin yang merangkumi:
    • Perkhidmatan dan rawatan diagnostik klinikal.
    • Kaunseling dan sokongan diselaraskan oleh pakar diet, jururawat diabetes, doktor sukan dan kaunselor, untuk pesakit di klinik diabetes, klinik obesiti dan klinik endokrin.
    • Pendidikan dan bimbingan kepada ibu bapa mengenai terapi penggantian hormon.
    • Unit ini juga melatih kepakaran dalam bidang pediatrik endokrin dan menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan untuk staf kesihatan.
    • Merupakan salah satu hospital rujukan untuk kes-kes pediatrik endokrin di Malaysia.

Unit Genetik dan Metabolisme

  • Rawatan untuk pesakit yang mempunyai masalah genetik, metabolik dan dismorfologi, yang merangkumi kaunseling genetik oleh pegawai yang berkelayakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang mempunyai penyakit yang diwarisi.
  • Berfungsi sebagai pusat rujukan genetik klinikal dan perubatan metabolik di Malaysia.
  • Meningkatkan kesedaran kakitangan awam dan perubatan mengenai perubatan genetik dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika, undang-undang dan sosial serta mempromosikan kaedah pencegahan kecacatan kelahiran dan penyakit yang diwarisi.
  • Menyediakan pendidikan dan latihan yang sesuai dalam genetik klinikal, perubatan metabolik dan kaunseling genetik untuk pelajar sarjana dan pascasiswazah serta kakitangan sains bersekutu dan kakitangan pakar perubatan.


Unit Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik

  • Sebagai pusat rujukan peringkat kebangsaan untuk penyakit "Inflammatory Bowel Disease" kanak-kanak.
  • Menyediakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit hati kronik untuk pembedahan pemindahan hati, dan rawatan susulan selepas pembedahan.
  • Merancang dan mengurus "Home Parenteral Nutrition" untuk pesakit-pesakit yang menghidapi masalah "intestinal failure".
  • Membantu mengatasi masalah pemakanan/ nutrisi pesakit-pesakit dari unit lain seperti Kaji Saraf dan Respiratori dengan pemasangan "gastrostomy feeding tube".
  • Bekerjasama dengan organisasi berasaskan komuniti dalam memberikan pelbagai sokongan dari segi moral serta kewangan dan penjagaan optimum untuk pesakit dan ahli keluarga.


Unit Hematologi dan Onkologi Pediatrik

  • Rawatan untuk pesakit pediatrik dengan masalah hematologi/darah dan barah yang merangkumi:
    • Perkhidmatan penyiasatan seperti pemeriksaan darah dan sumsum tulang dan rawatan seperti radioterapi, pembedahan dan kemoterapi.
    • Perkhidmatan Rawatan Harian untuk pesakit yang memerlukan pemindahan darah dan kemoterapi secara berkala.
    • Bekerjasama dengan organisasi berasaskan komuniti dalam memberikan sokongan dan penjagaan optimum untuk pesakit dan ahli keluarga.


Unit Kardiologi Pediatrik

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostic penyakit jantung (kongenital dan perolehan) secara menyeluruh. Untuk tujuan diagnostik, ujian seperti fetal echocardiography, transthoractic echocardiography, transesophageal echocardiography dan CT angiogram cardiac boleh dijalankan.
  • Memberikan perkhidmatan echocardiography kepada pesakit kanak-kanak yang kritikal di wad rawatan rapi kanak-kanak untuk membantu rawatan pesakit
  • Menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada ibubapa yang mempunyai janin yang di diagnos dengan penyakit jantung kongenital dari dalam kandungan.
  • Menawarkan ‘screening echocardiography’ kepada pesakit kanak-kanak yang mempunyai sindrom
  • Memberikan rawatan¬† kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mempunya penyakit jantung.¬† Diantara rawatan yang diberi termasuklah ubat-ubatan, rawatan susulan di klinik pediatrik kardiologi dan rujukan ke pakar bedah kardiotorasik bagi pembedahan penyakit jantung kongenital seperti atrial septal defect, ventricular septal defect, patent ductus arteriosus dan pacemaker.
  • Bekerjasama dengan doctor gigi kanak-kanak bagi memastikan penjagaan gigi yang optimum diberikan kepada pesakit terutama pesakit jantung kongenital yang mempunyai risiko penyakit infective endocarditis.


Unit Kesihatan Kanak-kanak

  • Memberi khidmat nasihat mengenai penyusuan susu badan dan penjagaan anak untuk golongan yang pertama kali jadi ibu.
  • Memantau tumbesaran dan perkembangan bayi yang mempunyai masalah “small for gestational age”.
  • Memantau tumbesaran dan perkembangan bayi yang normal dan menerima suntikan vaksin di bawah program imunisasi nasional atau suntikan vaksin tambahan.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai complementary feeding dan isu-isu keibubapaan terutamanya dalam the first 1000 days and beyond.


Unit Komuniti Pediatrik dan Perkembangan Kanak-kanak

Perkhidmatan (melalui Pusat Perkembangan Kanak-kanak; CDC) untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan, masalah pembelajaran dan masalah sosial:

  • Penilaian dan diagnosa bagi masalah seperti autisme, kecelaruan hiperaktif & kurang daya tumpuan (ADHD), masalah perkembangan awal / lewat perkembangan global (GDD), masalah koordinasi (DCD), masalah pembelajaran (contohnya: masalah membaca, mengeja, menulis dan mengira), masalah komunikasi-sosial dan lain-lain
  • Rawatan susulan, pemantauan, bimbingan dan saranan tentang strategi intervensi awal dan juga intervensi jangka panjang, termasuk pilihan jenis pendidikan/persekolahan yang bersesuaian

Perkhidmatan untuk kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan penjagaan merujuk kepada Seksyen 17 Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 (Akta 611):

  • Penilaian dan diagnosa
  • Penyelarasan penilaian pelbagai disiplin
  • Rawatan akut
  • Saranan intervensi yang bersesuaian
  • Rawatan susulan dan pemantauan komplikasi


Unit Nefrologi Pediatrik

Pengurusan pesakit pediatrik dengan penyakit buah pinggang dan saluran kencing.

Neonatologi

Rawatan untuk bayi yang pramatang, mempunyai berat lahir rendah dan berisiko tinggi seperti bayi baru lahir dengan asfiksia kelahiran, penyakit kongenital, trauma semasa kelahiran, masalah kardio-respiratori, kekurangan gula dalam darah, penyakit kuning dan pesakit yang memerlukan pembedahan.

Unit Neurologi Pediatrik

Pengurusan pesakit dengan masalah neurologi akut dan kronik. Perkhidmatan neurologi pediatrik tertiary merangkumi:

  • Perkhidmatan pesakit dalam:
    • Rujukan neurologi akut segera dari wad kanak-kanak dan jabatan kecemasan (contohnya: ensefalopati akut, sawan, lumpuh, strok, dll).
    • Perkhidmatan penjagaan harian untuk kemasukan elektif untuk prosedur neurologi (contohnya: Lumbar Punktur, biopsi otot, MRI otak di bawah ubat sedatif), suntikan toksin botulinum di bawah ubat sedatif .
  • Perkhidmatan pesakit luar:
    • Klinik Pediatrik Neurologi
    • Klinik Neurorehabilitasi Pediatrik
    • Klinik multidisiplin khusus untuk kanak-kanak dengan spina bifida, cerebral palsy dan penyakit neuromuskular
  • Perkhidmatan neurofisiologi:
    • Electroencephalografi (EEG)
    • Kajian konduksi saraf (NCV), Electromyography (EMG)
  • Perkhidmatan penilaian Epilepsi Pediatrik Komprehensif yang merangkumi:
    • Imbasan MRI otak 3Tesla
    • Pemantauan video-EEG semalaman
    • Neuroimaging fungsional (SPECT ictal, PET interictal)
    • Penyediaan perkhidmatan diet ketogenic
    • Reseksi pembedahan epilepsy
    • Saraf vagus stimulation therapi


Unit Penjagaan Paliatif Pediatrik

  • Rawatan untuk kesakitan akut atau kronik yang dialami oleh pesakit pediatrik
  • Rawatan keseluruhan yang merangkumi masalah fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian pesakit dan keluarga
  • Penjagaan keluarga selepas pesakit meninggal


Unit Penyakit Berjangkit Pediatrik


Rawatan untuk pesakit kanak-kanak dengan jangkitan seperti HIV, Tuberkulosis, SAR, Avian Influenza dan Pandemic Influenza A (H1N1) dan mereka yang mempunyai imuniti rendah dan memerlukan siasatan lanjut atau rawatan khas.

Unit Rawatan Rapi Pediatrik

  • Perkhidmatan rawatan kritikal pediatrik mengendalikan pesakit kritikal pediatrik yang memerlukan pemantauan dan rawatan rapi
  • Perkhidmatan rawatan dan pemantauan yang diberikan merangkumi:
    • Rawatan dengan mesin ventilator termasuk mesin ventilator invasif, frekuensi tinggi dan tidak invasif
    • Pemantauan dan rawatan rapi kardiovaskular
    • Penjagaan dan pemantauan selepas pembedahan termasuk pemindahan hati, neurosurgeri, pembedahan “maxillofacial”
    • Sokongan sistem organ lain seperti menggunakan nitrik oksida (iNO) untuk tekanan tinggi pulmonari, terapi penyejukan badan untuk ensefalopati iskemik hipoksik (HIE), dialisis darah perterusan (CRRT) & dialisis peritoneal (PD) untuk kegagalan buah pinggang akut dan “hyperammonaemia”, pertukaran plasma (TPE) untuk kegagalan hati akut, “thrombotic thrombocytopaenia purpura (TTP)”, pemindahan pertukaran darah (ET) untuk pertussis serius, pemantauan tekanan intrakranial untuk pesakit yang mengalami tekanan intracranial tinggi , pemantauan EEG untuk sawan serius, sisipan kateter venous pusat untuk kanak-kanak sakit kritikal & pemakanan perenteral, sokongan inotropik untuk jangkitan serius, laryngoscope video untuk pengurusan saluran udara yang sukar
  • Berkhidmat sebagai pusat rujukan tertiary untuk konsultasi penyakit kritikal kanak-kanak di Malaysia termasuk “congenital diaphragmatic hernia (CDH)”, ARDS pediatrik dan denggi serius
  • Menyediakan latihan resusitasi pediatrik untuk warga perawat dalam sokongan hayat (PALS- Pediatrik Advanced Life Support)
  • Menyediakan latihan dan pendidikan untuk pelajar perubatan, jururawat pediatrik, pegawai siswazah, pegawai perubatan sarjana dan pelatih pakar penjagaan kritikal pediatrik/Intensivis.

Unit Respiratori Pediatrik

Rawatan untuk pesakit kanak-kanak dengan masalah respiratori akut dan kronik serta memberikan perkhidmatan tahap tertieri dalam perubatan respiratori kepada hospital lain.

Unit Trauma dan Kecemasan Pediatrik

Pengurusan pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan kecemasan / segera termasuk trauma major dan minor.

Senarai klinik-klinik pesakit luar di Jabatan Pediatrik
Klinik Pediatrik Am
Klinik Pediatrik Endokrinologi

Kursus Neonatal Resuscitation Programme (NRP)

Kursus Paediatric Advanced Life Support (PALS)

Pusat Perkembangan Kanak-kanak

 

Community Outreach Projects

Kajian awal ke atas penduduk PPR Lembah Subang 1 menunjukkan bahawa:

  • Satu per tiga orang kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran
  • Ramai kanak-kanak hanya makan untuk satu atau dua kali sehari

Jabatan Pediatrik PPUM menangani masalah-masalah di atas melalui empat kaedah:

  • Membanteras kebuluran dan meningkatkan nutrisi di kalangan kanak-kanak
    • Micronutrient Supplementation for Children of Urban Poverty Iron Project (CUPIP)
    • Dietary Diversity of infants and Young Children during the CoVID pandemic (CoDDIYC) study
  • Pendidikan nutrisi
  • Kesihatan kanak-kanak
  • Pemerkasaan wanita



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my