• Maklumat Asas COVID-19

SARS Cov-2 ialah virus yang menyebabkan penyakit COVID-19.

Ia adalah sebahagian daripada keluarga virus yang dinamakan Coronavirus.

  • Demam panas, sakit kerongkong dan sesak nafas-
  • Sila beri perhatian kepada tanda-tanda yang kurang biasa seperti:
    muntah, cirit-birit dan hilang deria penghiduan.

Golongan yang berumur melibihi 60 tahun dan mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis,penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan kronik dan kanser mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit COVID-19 yang lebih serius.

  • Virus ini merebak melalui titisan kecil
  • Virus ini merebak ketika seseorang pesakit COVID-19 batuk atau bersin, dan titisan tersebut memasuki badan seseorang melalui mata, hidung atau mulut.
  • Titisan yang mengandungi virus ini juga boleh mencemari permukaan. Seseorang menyentuh permukaan tercemar ini, dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut berisiko untuk dijangkiti COVID-19

Anda boleh merujuk ke video ini untuk lebih jelas: https://www.youtube.com/watch?v=RqnOmyuMSxA

Tempoh inkubasi: Tempoh bermula dari mana pesakit terdedah kepada COVID-19 sehingga gejala mula timbul.

Tempoh pra-gejala: Tempoh 1-2 hari sebelum gejala mula timbul. Pesakit mungkin mampu menjangkiti orang lain dalam tempoh ini.

Tempoh bergejala: Tempoh di mana pesakit sudah menunjukkan gejala.

Tempoh berjangkit: Tempoh di mana pesakit boleh menjangkit orang lain dengan mudah. Tempoh ini bisanya berlaku ketika tempoh bergejala. Ketika pra-gejala, risiko menjangkiti orang lain adalah rendah.

Untuk maklumat yang selanjutnya:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/hcp/faq.html

SARS-CoV-2 RNA telah dikesan dalam sampel saluran pernafasan atas dan bawah manakala SARS-CoV-2 telah diasingkan daripada sampel saluran pernafasan atas dan sampel yang diambil semasa bronkoskopi. SARS-CoV-2 RNA telah dikesan dalam sampel darah dan najis, tetapi sama ada virus berjangkit wujud dalam sampel di luar saluran pernafasan masih tidak diketahui setakat ini.

Tempoh pengesanan SARS-CoV-2 RNA pada sampel saluran pernafasan atas dan bawah, dan sampel di luar saluran pernafasan juga masih tidak diketahui, tetapi berkemungkinan adalah beberapa minggu ataupun lebih lama, seperti yang didapati dalam kes jangkitan MERS-CoV atau SARS-CoV.

Selain itu, masih belum diketahui sama ada cecair badan bukan daripada sistem pernafasan dari pesakit yang dijangkiti termasuk bahan muntah, air kencing, susu ibu ataupun air mani boleh mengandungi SARS-CoV-2 yang boleh berjangkit dan menular.

Untuk maklumat yang selanjutnya:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/hcp/faq.html

Seseorang boleh disahkan positif COVID-19 walaupun tanpa gejala. Risiko menjangkiti orang lain dalam peringkat ini masih dalam kajian. Walau bagaimanapun, risiko mungkin lebih rendah berbanding dengan pesakit yang ada gejala.

Namun yang pasti, wabak ini tersebar melalui titisan cecair. Oleh itu, amalan penjagaan kebersihan tangan dan respiratori (contohnya etika batuk dll)  adalah penting.

Kadar survival adalah tinggi iaitu >90%.

Terdapat juga pesakit yang disahkan positif COVID-19 tanpa gejala sembuh walaupun tanpa sebarang rawatan. Kuarantin diperlukan untuk pesakit-pesakit ini sekurang-kurangnya selama 2 minggu.

Walaupun siasatan awal menunjukkan bahawa virus itu mungkin terdapat dalam najis dalam beberapa kes, akan tetapi hingga kini, belum ada laporan kes jangkitan melalui najis (fecal-oral). Selain itu, tidak ada bukti setakat ini bahawa virus COVID-19 dapat hidup di dalam air atau kumbahan.

Sumber: WHO

• Kategori Risiko

PUI = Person Under Investigation

Individu yang mempunyai jangkitan pernafasan akut (permulaan jangkitan pernafasan secara tiba-tiba dengan sekurang-kurangnya satu: sesak nafas, batuk atau sakit tekak) dengan atau tanpa demam

DAN (antara salah satu dibawah)

Melancong ke / menetap di negara asing dalam masa 14 hari sebelum bermulanya penyakit.

ATAU

‘Kontak Rapat’ dalam 14 hari sebelum penyakit bermula dengan pesakit kes COVID-19 (yang disahkan)

ATAU

Menghadiri acara yang berkaitan dengan wabak COVID-19 yang diketahui.

*Kes COVID-19 = Pesakit yang disahkan jangkitan COVID-19 melalui ujian makmal.

  • Terdedah ketika menjalankan tugas kesihatan/penjagaan tanpa PPE yang memadai.
  • Melawat pesakit atau tinggal di persekitaran dekat yang sama dengan pesakit COVID-19.
  • Bekerjasama dalam jarak dekat atau berkongsi persekitaran bilik darjah yang sama dengan pesakit COVID-19
  • Menaiki kenderaan bersama-sama pesakit COVID-19
  • Hidup dalam rumah yang sama dengan pesakit COVID-19

PUS = Person Under Surveillance

Individu yang ada kontak rapat dengan PUI.

PUS tidak perlu untuk diuji swab COVID-19, akan tetapi perlu dikuarantin di rumah sementara menunggu keputusan PUI.

*Semua PUI akan diambil ujian swab COVID-19.

Risiko Tinggi

  • Kakitangan yang melakukan atau berada di bilik ketika prosedur AGP dikendalikan pada pesakit COVID-19.
  • Mata, hidung atau mulut kakitangan tidak dilindungi.

Risiko Sederhana

  • Petugas kesihatan yang ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
  • Mata, hidung, mulut terdedah kepada benda yang boleh menyebarkan COVID-19.

Risiko Rendah

  • Sebarang faktor yang tidak konsisten dalam mematuhi PPE semasa kontak rapat kes COVID-19.

Tiada Risiko

  • Petugas kesihatan yang tiada kontak rapat secara langsung dengan kes COVID-19.
  • Tiada kemasukan ke kawasan pesakit yang aktif COVID-19.
  • Petugas yang mematuhi PPE yang disarankan.

AGP = Aerosol-generating Procedure

AGP adalah mana-mana prosedur perubatan yang boleh menghasilkan rembesan atau partikel-partikel yang sangat kecil ke udara.

Contoh-contoh AGP adalah seperti berikut:

  • Suctioning
  • Sputum induction
  • Bronchoscopy
  • Manual ventilation
  • Intubation
  • Non-invasive ventilation (BiPAP, CPAP, Hi-flow Oxygen)
  • Endoscopy
  • CPR

Maklumat tentang COVID19 dalam kalangan orang yang hamil sangat terhad.  Namun, bagi petugas kesihatan yang hamil yang bekerja di UMMC, adalah dikecualikan untuk berhadapan atau mempunyai sebarang hubungan terus dengan pesakit COVID19. Jika anda perlu berhadapan pesakit COVID19, maklumkan pada pihak atasan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai COVID19 dan kehamilan. Anda boleh layari laman web yang demikian.

http://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/hcp/pregnant-women-faq.html

Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan anda mengambil ubat-ubatan imunosupresif (seperti steroid, kemoterapi, dll) sila maklumkan kepada pegawai atasan anda.

Untuk waktu sekarang di PPUM, petugas kesihatan yang kurang daya tahan untuk melawan penyakit (immunocompromised) adalah bukan sebahagian daripada pasukan Covid-19.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja boleh dijangkiti seperti kumpulan usia lain dan juga boleh menyebarkan penyakit ini.

Setakat ini, data menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja jarang mendapat penyakit yang menjadi teruk, walaupun masih boleh berlaku.

Mereka juga harus mengikuti panduan yang sama mengenai kuarantin dan pengasingan diri jika ada risiko mereka terdedah atau menunjukkan gejala.

Sangat penting bagi kanak-kanak untuk mengelakkan hubungan dengan orang tua dan dan golongan yang berisiko mendapat penyakit yang lebih teruk.

• Ujian COVID-19

Terdapat 2 jenis ujian yang utama iaitu:

  • RT-PCR : untuk mengesan genome virus itu sendiri
  • Serology : untuk mengesan antibodi dan juga melihat reaksi imuniti badan.

Jenis-jenis sampel yang boleh diambil dari:

  • Nasopharyngeal & Oropharyngeal swab
  • Sputum
  • Tracheal aspirate
  • Bronhcial lavage
  • Serology – ujian darah

Ujian COVID-19 dilakukan kepada semua PUI.

Bagi petugas kesihatan yang terdedah, ujian COVID-19 dilakukan kepada yang terdedah risiko TINGGI dan SEDERHANA.

Sila rujuk video : https://youtu.be/yBYPpylAgq8

Sampel hendaklah dihantar dalam masa 72jam secara manual oleh staf ke makmal dan juga mestilah disimpan pada suhu 2′-8′ darjah Celcius (menggunakan ice pack).

Tidak.

Rapid test kit tidak boleh digunakan untuk saringan. Rapid test cuma adalah untuk mengesan antibodi, padahal antibodi mengambil masa yang lama untuk dihasilkan.

Kami menggunakan Ujian PCR, iaitu untuk mengesan genome virus tersebut, dan ini adalah lebih sesuai untuk mengesan kehadiran virus atau penyakit di peringkat awal.

• Rawatan

Setakat ini masih tiada ubat khusus untuk COVID-19. Kajian-kajian untuk menghasilkan ubat antiviral dan vaksin sedang dijalankan.

Majoriti pesakit COVID-19 tidak memerlukan ubat, mereka cuma diberi rawatan simptomatik dan diletakkan bawah pemerhatian.

Pada waktu ini, tiada sebarang bukti untuk keberkesanan penggunaan rawatan pencegahan untuk COVID-19. Namun, terdapat percubaan yang sedang dijalankan di Amerika Syarikat berkenaan penggunaan Hydroxychloroquine sebagai rawatan pencegahan tetapi masih di peringkat awal.

Ya. Pesakit yang disahkan positif COVID-19 tetapi tidak mempunyai gejala, boleh pulih tanpa sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, pesakit tersebut perlu dikuarantin. Jangka hayat virus adalah mungkin kurang dari sebulan.

Tidak. Antibiotik bukanlah untuk melawan virus, antibiotik adalah untuk melawan jangkitan bakteria.

COVID-19 disebabkan oleh virus, jadi antibiotik tidak berkesan mengatasinya. Justeru, antibiotik tidak boleh digunakan sebagai pencegahan atau rawatan COVID-19.

Di hospital, doktor akan menggunakan antibiotik untuk mencegah atau merawat jangkitan bakteria sekunder yang boleh menjadi komplikasi COVID-19 pada pesakit yang teruk. Antibiotik hanya boleh digunakan seperti yang diarahkan oleh doktor untuk mengubati jangkitan bakteria.

• Peralatan Perlindungan (PPE)

PPE = Personal Protective Equipment

Pemakaian PPE bergantung kepada situasi. Terdapat 5 tahap/jenis PPE:

Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5

Petugas hendaklah mematuhi cara pemakaian PPE dan menanggalkan PPE yang selamat.

Sila rujuk video: https://youtu.be/LW-x1p228AI

Sila rujuk video : https://youtu.be/jKYj1JKjlSU

Langkah-langkah kawalan jangkitan yang betul adalah sangat penting dalam mencegah pendedahan kepada penyakit ini. Staf kesihatan dapat melindungi diri dengan mengamalkan cara memakai dan menanggalkan (“donning and doffing”) Alat Pelindungan Diri(PPE) yang betul. Semua staf kesihatan mestilah menjalani latihan PPE sebelum bermula berkerja dalam pasukan COVID-19. Standard contact dan droplet precautions, termasuk penggunaan alat pelindungan mata diperlukan. Standard precautions termasuk kebersihan tangan dan etika respiratori.

Penggunaan PPE untuk staf kesihatan termasuk:

  1. Topeng muka yang hanya boleh digunakan sekali
  2. Alat pelindungan mata (seperti goggles, penghadang muka)
  3. Gaun lengan panjang kalis air
  4. Sarung tangan tidak steril

Semua pesakit mesti memakai topeng muka ketika staf kesihatan berada di dalam bilik. Sekiranya pesakit tidak dapat memakai topeng muka, staf kesihatan harus memakai topeng muka N95 dan bukan topeng muka biasa. Untuk prosedur yang menghasilkan aerosol (AGP), topeng muka N95 harus digunakan sebagai pengganti topeng muka biasa.

Berikut merupakan video mengenai cara memakai dan menanggalkan PPE:

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/Demo_RoutineProcedure.mp4

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/Demo_opsnpssampling.mp4

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/Demo_PPU_agp.mp4

Selain itu, rakan sekerja patut bersama dengan anda semasa proses pemakaian dan tanggalkan PPE untuk memastikan bahawa anda tidak tertinggal sebarang langkah dan melakukan langkah-langkah “donning and doffing” dengan betul.

Untuk maklumat yang selanjutnya:

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/InfectionControlMeasures.pdf?keyid=

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/PPEIndicationOnly_V1.pdf?keyid=

YA (PPE untuk petugas pembersihan (Cleaner) ketika COVID-19.

PPE bagi petugas pembersihan (cleaner)

PPE untuk pemandu dan petugas kesihatan.

N95 Respirator harus digunakan dalam keadaan berikut sahaja:

  1. Jika pesakit tidak dapat memakai topeng muka, staf kesihatan harus menggunakan N95 Respirator dan bukannya Surgical mask.
  2. Semasa menjalankan prosedur yang menghasilkan aerosol (AGP)

Contoh-contoh prosedur yang menghasilkan aerosol (AGP):

  • Bronkoskopi
  • Intubasi endotrakeal
  • Ventilasi tidak invasif (NIV) – BiPAP, CPAP, HFOV
  • Ventilasi manual sebelum intubasi
  • Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
  • Induksi kahak (sputum)
  • Suctioning
  • Pengambilan sampel nasofaring/orofaring, terutamanya pesakit yang batuk

            Untuk maklumat yang selanjutnya:

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/InfectionControlMeasures.pdf?keyid=

http://my.ummc.edu.my/pengumuman/2020_Corona/PPEIndicationOnly_V1.pdf?keyid=

N95

Membasuh and menggunakan semula topeng muka adalah tidak digalakkan.

• Keselamatan Pekerja (OSHE)

Staf kesihatan yang telah terdedah kepada COVID-19 hendaklah memaklumkan kepada OSHE di EXT 3730 atau hubungi OSHE di atas panggilan (on call) melalui operator.

Penilaian risiko akan dilakukan samada anda telah terdedah kepada risiko TINGGI, SEDERHANA, RENDAH.

Jika risiko adalah TINGGI/SEDERHANA, anda akan diambil ujian Swab dan diarahkan kuarantin sehingga keputusan keluar.

Jika risko RENDAH, anda akan dibenarkan bekerja disamping melakukan pemantauan sendiri.

Merawat pesakit itu KEWAJIPAN, tetapi keselamatan anda adalah KEUTAMAAN.

Jika anda mengesyaki pesakit mempunyai gejala COVID-19, lakukan langkah berikut:

1. BERI PESAKIT TOPENG MUKA

Arahkan pesakit untuk memakai topeng muka / penutup mulut & hidung.

2. RUANG RAWATAN KHAS

Rawat pesakit di ruang rawatan khas yang disediakan di klinik atau wad anda.

3. PEMERIKSAAN PESAKIT DENGAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI PPE

Petugas kesihatan yang merawat hendaklah memakai peralatan perlindungan diri bergantung kepada risiko pendedahan kepada jangkitan.

4. HUBUNGI PASUKAN PERUBATAN COVID

Hubungi pasukan perubatan COVID melalui operator, dan tunggu arahan selanjutnya.

Telefon dan maklumkan kepada OSHE (Ext 3730 semasa waktu pejabat, guna operator untuk telefon OSHE oncall lepas waktu pejabat)

Anda akan diminta untuk menguarantin diri selama 14 hari.

Sampel nasopharynx dan oropharynx akan diambil pada hari ketiga selepas pendedahan – jika keputusan adalah negatif, anda diminta untuk menguarantin diri dan memantau gejala-gejala. Jika anda sihat, pengambilan sampel akan diulangi pada hari ke-13. Jika keputusan masih negatif, anda boleh sambung berkerja.

Jika anda mempunyai gejala pada bila-bila masa dalam tempoh masa ini atau keputusan adalah positif, anda perlu dimasukkan ke hospital.

Setiap kali pesakit Covid melalui kawasan tersebut, akan dibersihkan.

Perkara yang paling penting ialah menjaga kebersihan tangan secara berkala dan membersihkan
kawasan sentuhan tinggi.

Waktu ini adalah sukar dan menyebabkan stress untuk ramai orang.  Jika anda berasa letih dan stres yang melampau, anda boleh menyuarakannya dan mendapatkan pertolongan. Maklumkan kepada pasukan atau pegawai atasan anda seawal mungkin.

Di PPUM, kita mempunyai talian kaunseling khas untuk semua staf. Hubungi saja, 011-11218136 / 011-11217951 [8am-5pm] untuk bercakap dengan kaunselor kami.

• Kuarantin

Kuarantin bermaksud menyekat aktiviti atau memisahkan individu yang tidak sakit tetapi mungkin terdedah kepada COVID-19. Tujuannya adalah untuk mencegah penyebaran penyakit pada masa individu tersebut baru mula menunjukkan gejala.

Isolasi atau pengasingan bermaksud memisahkan individu yang sakit bergejala COVID-19 untuk mencegah penyebaran penyakit.

Penjarakkan fizikal bermaksud berjauhan secara fizikal, sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) dari yang lain. Ini adalah langkah umum yang harus diambil oleh semua orang walaupun mereka sihat tanpa diketahui pendedahan kepada COVID-19.

Sumber: WHO

Tempoh kuarantin adalah 14 hari.

Akan tetapi, jika individu tersebut mempunyai gejala atau keputusan serology pada hari ke-13 positif, tempoh kuarantin akan dipanjangkan.

Tidak.

Kerana jika pesakit mula mengalami simptom/gejala dalam tempoh kuarantin, ia akan menjangkiti orang lain.

Ya, memang ada. Anjung Penyayang atau Lavender Kasturi untuk staf kesihatan.

• Lindungi Keluarga Di Rumah

Ia tidak wajib, namun merupakan amalan yang baik untuk menukar pakaian sebelum pulang ke rumah. Mencuci pakaian secara berasingan tidak diperlukan. Virus akan mati dengan sabun dan air.

Buat masa ini, tiada sebarang langkah berjaga-jaga yang spesifik. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan di UMMC, semua petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian COVID-19 diwajibkan untuk menyalin pakaian mereka kepada baju skrub yang disediakan pihak hospital sebelum memulakan syif.

Selepas tamat syif bekerja, mereka dikehendaki untuk mandi (tuala disediakan) serta menanggalkan pakaian skrub dan memakai pakaian milik mereka yang dipakai sebelum bermula syif bekerja.

Tiada garis panduan setakat ini yang menyarankan berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, kami menyarankan sentiasa membasuh tangan dengan sabun sebelum/selepas menyentuh apa-apa permukaan, dan juga sentiasa elakkan dari menyentuh mata, hidung, dan mulut.

Sumber: Washington Department of Health (DOH)

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah komponen penting dalam diet yang sihat.

Basuh dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan dalam keadaan biasa.

Sebelum mengendalikannya, basuh tangan anda dengan sabun dan air. Kemudian, basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air bersih, terutamanya jika anda memakannya mentah.

• Nombor untuk dihubungi

Jika anda merasa telah terdedah kepada jangkitan / kontak rapat, maklumkan kepada OSHE di

03-79493730 (sambungan 3730)

atau hubungi OSHE atas panggilan (On Call) melalui operator.

Hubungi untuk sokongan psikologi [8am-5pm]:
011-11218136
011-11217951

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)

03-88810200

03-88810600

03-88810700

Load More

Soalan lazim