Maklumat Pesakit

F.A.Q. (Frequently Asked Questions)

Untuk pendaftaran baru di Bangunan Rawatan Utama (RUKA) ialah RM5.00 dan RM 30.00 jika di Klinik Pakar. Manakala rawatan ulangan ialah RM5.00 dan RM15.00 bagi klinik seperti diatas. Manakala bagi Pegawai Kerajaan, Pelajar Sekolah (caj wad dikenakan), Pelajar IPTA serta Pesara Kerajaan tidak dikenakan bayaran (mohon kemukakan surat pengesahan/surat jaminan).

Untuk mendapatkan rawatan di PPUM, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor atau boleh terus mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Bangunan Rawatan Utama PPUM.

Surat jaminan diperlukan untuk pengesahan bahawa seseorang itu benar-benar kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPTA ataupun pesara kerajaan. Bagi orang awam yang majikan berdaftar dengan PPUM sila kemukakan surat jaminan dari syaraikat.

Pada umumnya PPUM mengamalkan sistem wad terbuka.

Secara keseluruhannya PPUM menawarkan semua kepakaran perubatan.

Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 250 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 500 bagi kes sakit puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 500 bagi kes perubatan atau pembedahan dan RM 1000 bagi kes sakit puan.

Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma. Pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan (mengikut penilaian oleh Pegawai Taksiran PPUM).

Kad Bantuan Bulanan, Kad Pesara, surat sekolah, surat pengesahan (eGL), salinan borang 21 yang telah disahkan oleh Pegawai PERKESO/SOCSO dan Kad pendaftaran OKU.

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak sahaja, manakala pesakit dewasa penjaga tidak dibenarkan menunggu.

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

University Malaya Medical Centre,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur.
Tel : 03-7949 4422
Faks : 03-7956 2253
Email : ummc@ummc.edu.my

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my