Post Graduate

Akademi Latihan Resusitasi PPUM

1. PENGENALAN

Mengikut kajian Badan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun 2020 beberapa punca utama beban kesihatan dan kematian adalah disebabkan oleh penyakit koronari (coronary heart disease), kemurungan major depression), kemalangan (accident) dan strok (stroke). Penyakit koronari menyumbang 6% manakala strok ( angin ahmar ) menyumbang 4.4% daripada seluruh beban kesihatan.

Di negara kita statistik menunjukkan kadar kematian di hospital berpunca dari penyakit jantung dan peparu adalah sebanyak 14 - 15%. Manakala kadar kematian berpunca dari strok pula menyumbang 8 - 9%. Penyakit koronari dan strok menyumbang kepada punca kematian secara mengejut di tempat kerja, di rumah atau sewaktu menjalankan aktiviti harian. (Kemalangan adalah punca kematian mengejut dikalangan orang dewasa berumur 15 - 40 tahun).

Kematian mengejut tidak terhad kepada orang tua atau dewasa sahaja. Ianya juga boleh berlaku dikalangan kanak-kanak atau bayi seperti kelemasan, keracunan, masalah jantung dan salur pernafasan tersumbat.

Kematian mengejut adalah satu cabaran yang kita harus tangani. Sebahagian dari punca utama kematian mengejut mungkin boleh di atasi. Adalah menjadi keutamaan kepada kita semua untuk menganalisa dan memberi perawatan yang tepat dan pantas kepada pesakit sebelum (pre-arrest) atau semasa (cardiac arrest) pernafasan dan aliran darah terhenti. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 32, “..barangsiapa menyelamatkan satu nyawa umat manusia, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan nyawa seluruh umat manusia”.

Akademi Latihan Resusitasi PPUM diwujudkan bagi menyahut cabaran tersebut. Ia terdiri daripada usahasama seluruh warga PPUM yang terlatih dalam memberi rawatan Pertolongan Cemas (First Aid) atau/dan Sokongan Hayat (BLS/ACLS/PALS/NRP/BTLS/ATLS).

Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi memastikan Akademi Latihan Resusitasi PPUM mampu memberi latihan berkesan kepada kakitangan PPUM atau swasta agar perawatan pesakit yang optima dapat diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Semoga pembentukan akademi ini mampu membentuk sahsiah kakitangan PPUM dan seterusnya mengurangkan kadar kematian dan kecacatan berkaitan insiden “cardiac arrest”.

2. MISI PENUBUHAN AKADEMI LATIHAN RESUSITASI

  1. Melatih seluruh kakitangan PPUM dalam perawatan kecemasan/resusitasi
  2. Menyelaras aktiviti-aktiviti latihan resusitasi di PPUM, menyelia peralatan latihan dan kewangan dan mempastikan keberkesanan kursus
  3. Melatih instruktor dan fasilitator resusitasi (Train the Trainer)
  4. Mengurangkan kadar kecacatan dan kematian kes “cardiac arrest” dan “pre cardiac arrest” di PPUM dengan cara
  5. Pelaksanaan rawatan yang efektif dan efisien
  6. Pelaksanaan “resuscitation team” dan “code blue team” di setiap blok klinikal
  7. Pelaksanaan “Emergency medical team” di blok bukan klinikal
  8. Menjadi pusat rujukan perawatan kecemasan/resusitasi di Malaysia

3. TUJUAN

  1. Menjana Kewangan bagi menganjurkan kursus percuma kepada staf PPUM.
  2. Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perawatan resusitasi di PPUM
  3. Mempertingkatkan keselamatan pesakit.
  4. Mengurangkan kadar morbidity dan mortality pesakit.
  5. Menghantar instructor/ Pengajar menghadiri kursus update Resusitasi didalam dan luar PPUM.

4. OBJEKTIF

  1. Menganjurkan kursus resusitasi kepada organisasi/agensi luaran dan suasta dengan kadar bayaran yang berpatutan.
  2. Mengenakan bayaran perkhidmatan kepada organisasi luar yang memerlukan khidmat sokongan seperti kursus CPR, First Aid atau ceramah resusitasi.
  3. Mengenakan bayaran pinjaman peralatan resasitasi.
  4. Menganjurkan seminar resusitasi seperti “update in Resuscitation”.

5. CARTA ORGANISASI AKADEMI LATIHAN RESUSITASI

6. JAWATANKUASA SAINTIFIK RESUSITASI

7. KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. BLS for Lay Rescuers untuk staf bukan klinikal
  2. BLS for Health Providers untuk staf Klinikal
  3. Advance Cardiac Life Support
  4. Paediatric Life Support
  5. Paediatric Advance Life Support
  6. Modified Basic Life Support for Doctors
  7. Neonatal resuscitation
  8. First Aid
  9. Trauma Life Support
  10. Advance Trauma Life Support

8. ALAMAT SEKRETARIAT AKADEMI LATIHAN RESUSITASI

AKADEMI LATIHAN RESUSITASI PPUM
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
59100 KUALA LUMPUR
untuk perhatian: S/U AKADEMI

PERANCANGAN KURSUS AKADEMI LATIHAN RESUSITASI 2014

 

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my