News Archive



February   2018


  
BANGLADESH MINISTRY OF HEALTH & FAMILY AFFAIRS VISIT
 Update on: 26/2/2018
 Pada 22 Februari 2018, seramai 13 orang delegasi dari Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Keluarga Bangladesh telah mengadakan lawatan ke PPUM. Objektif lawatan adalah untuk melawat perkhidmatan dan kemudahan penyelidikan yang terdapat di PPUM terutamanya yang melibatkan peralatan teknologi Bio-Medikal. Pelawat juga di iringi oleh Prof. Dato'' Ir. Dr. Mohammed Rafiq bin Dato'' Abdul Kadir, Dekan, Fakulti Bio Sains dan Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia....

  
UMMC LEAN MANAGEMENT COURSES FOR HEAD DEPARTMENT AND SENIOR OFFICER
 Update on: 12/2/2018
 

PPUM telah mengadakan kursus Pengurusan Lean bagi Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan PPUM pada 9 Februari 2018 di Bilik Konferen 1, Menara Selatan. Penceramah kursus adalah Pengarah PPUM sendiri iaitu YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin.

Beliau telah memberi penerangan pentingnya Pengurusan Lean yang merupakan usaha penambahbaikan yang amat praktikal bagi membantu meningkatkan kecekapan proses di tempat kerja supaya lebih produktif dan cekap, mengelakkan pembaziran serta pengurusan yang lebih tersusun. Beliau turut menerangkan konsep KAIZEN dan 5S.

...

  
MAJLIS AMANAT PENGARAH SEMPENA TAHUN BARU 2018
 Update on: 12/2/2018
 MAJLIS AMANAT PENGARAH SEMPENA TAHUN BARU 2018

Click here for video..
...

  
TAIWAN MINISTRY OF HEALTH AND WELFARE VISIT TO UMMC
 Update on: 6/2/2018
 

Pada 5 Februari 2018, delegasi dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan telah mengadakan lawatan ke PPUM. Delegasi telah diketuai oleh En. Dr. Chung Liang SHIH, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan. Turut mengiringi beliau adalah Dr Yuan-Nian HSU Ketua Pegawai Eksekutif Hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Pentadbiran dan Dr. Yueh-Ping LIU Pakar Teknikal Kanan Hal Ehwal Perubatan.

Lawatan adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dari segi kepakaran kesihatan, latihan serta kerjasama di antara PPUM dan Kementerian Kesihatan Taiwan. Mereka juga ingin mempromosikan Program Pembedahan Global terutamanya di dalam bidang kardiovaskular surgeri, minimal invasif ''''''''reconstruction'''''''', pemindahan organ serta pembedahan invasif bagi Ginekologi dan sebagainya. Semoga lawatan dan kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

...

  
MSU CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY PROGRAM AND VISIT
 Update on: 5/2/2018
 

Pada 3 Februari 2018, seramai 38 orang pelajar dan 1 orang guru mengadakan program CSR melukis mural di Klinik Kanak-kanak dan wad 8PA, Kompleks Kanak-Kanak dan Wanita, PPUM. Program ini adalah sebagai pendedahan pelajar kepada program-program sosial korporat dan mendedahkan mereka kepada dunia luar. Diharap usaha murni ini akan berterusan dimasa-masa akan datang. TAHNIAH kepada MSU atas keprihatan dan khidmat masyarakat yang telah diadakan dengan jayanya ini.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my