News Archive



March   2018


  
SAMBUTAN HARI TIBI PERINGKAT PPUM 2018
 Update on: 28/3/2018
 Pada 23 Mac 2018, Sambutan Hari TIBI peringkat PPUM telah diadakan di Auditorium Menara Selatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan).

Di dalam ucapan perasmian, Prof, Madya Dr. Nazirah memaklumkan bahawa penyakit TIBI telah lama wujud dalam sejarah tamadun manusia dan sehingga kini masih menjadi masalah utama kesihatan awam. Walaubagaimanapun, penemuan kuman TIBI Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 telah berjaya menyembuhkan penyakit TIBI.

Pada tahun 2017, sebanyak 2,098 kematian akibat TIBI telah dilaporkan di Malaysia dan angka ini bersamaan dengan 4 kematian berpunca dari jangkitan TIBI setiap hari, katanya lagi. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "Wanted: Leader For A TB-Free World. You can Make History-End TB".

Pemilihan tema ini bertujuan untuk memperkasakan peranan setiap individu atau kumpulan dalam menghentikan jangkitan TIBI. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikannya. Kesimpulannya kita mampu hentikan penularan penyakit TIBI....

  
BREAST CANCER FOUNDATION VISIT AND DONATION
 Update on: 23/3/2018
 Pada 19.3.2018, Breast Cancer Foundation telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad 11U. Program ini adalah untuk memberi sokongan dan salah satu tanggungjawab sosial yayasan. Program ini telah disertai oleh seramai 5 orang wakil dari yayasan berkenaan. Diharap program ini akan dapat diteruskan di masa akan datang bagi memberi sokongan kepada pesakit-pesakit PPUM amnya dan pesakit-pesakit kanser payudara khasnya....

  
UNITAR VISIT AND DONATION
 Update on: 22/3/2018
 Pada 16.3.2018, seramai 12 orang pelajar UNITAR International University telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit pediatrik di wad Kanak-Kanak 8PA dan 8PB. Sumbangan ini bagi projek ''''Spread Kindness'''' yang dijalankan oleh pelajar berkenaan dan juga sebagai memenuhi keperluan tanggungjawab sosial mereka. Terima kasih kepada pelajar UNITAR, semoga tanggungjawab seperti ini berterusan di masa-masa akan datang....

  
UMMC KASTURI WARD OPENING CEREMONY
 Update on: 22/3/2018
 Pada 16.3.2018, terlakar satu lagi sejarah di PPUM dimana wad khas untuk staf PPUM/UM (lelaki) yang dikenali dengan nama Wad Kasturi telah dirasmikan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin. Majlis turut dihadiri oleh En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit. Buat masa ini, wad Kasturi akan beroperasi dengan 5 katil....

  
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ADIK FARIS WAFIUDDIN
 Update on: 15/3/2018
 Pada 13 Mac 2018, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 200,000 dari Yayasan Darul Iman bagi menampung kos rawatan adik Faris Wafiuddin Faris Irwan, 10 bulan untuk menjalani pembedahan di Hospital Renjin, Shanghai, China.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana adik Faris masih menerima rawatan di PPUM. Majlis turut disaksikan oleh YM. Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM dan Prof. Dr. Lee Way Seah, Pakar Perunding Kanan, Jabatan Pediatrik, PPUM .

Terima kasih Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di atas keprihatinan dan semoga adik Faris Wafiuddin selamat menjalani pembedahan....

  
OPENING CEREMONY OF 1ST RESUSCITATION UMMC CONFERENCE 2018
 Update on: 14/3/2018
 ''1st Resuscitation UMMC Conference'' PPUM telah mengadakan Persidangan Resusitasi Pertama PPUM 2018 selama 3 hari bermula pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2018. Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim bin Hashim, Naib Canselor, Universiti Malaya pada 11 Mac 2018.

Majlis turut dihadiri oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan dan YBhg. DCP Dato'' Fatimah binti Abdul Hamis, Timbalan Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Persidangan ini diadakan bagi berkongsi ilmu pengetahuan, bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara organisasi kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam perawatan perubatan kecemasan. Peserta-peserta yang hadir adalah dari organisasi seperti hospital, Pusat Perubatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, NGO dan syarikat-syarikat swasta.

Di dalam ucapannya, Naib Canselor memaklumkan aktivti baru Jabatan Perubatan Kecemasan adalah perkhidmatan Pasukan Paramedik Bermotosikal dan ceramah umum untuk pengamal perubatan dan juga masyarakat. Beliau juga menyarankan agar Persidangan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang....

  
UMMC GLAUCOMA WEEK CELEBRATION
 Update on: 13/3/2018
 Pada 10 Mac 2018, PPUM telah mengadakan sambutan Minggu Glaukoma di Klinik Mata. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena minggu tersebut termasuk pameran, ceramah dan saringan untuk penyakit glaukoma secara percuma. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis turut dihadiri oleh En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, Prof. Madya Dr. Nurliza bt Khaliddin, Ketua, Jabatan Oftalmologi dan Prof. Madya Dr. Norlina binti Mohd Ramli, Pengerusi Sambutan Minggu Glaukoma peringkat PPUM.

Di dalam ucapan perasmian, Pengarah PPUM memaklumkan bahawa glaukoma dikenali sebagai punca utama kehilangan penglihatan kekal yang tidak dapat dikembalikan. Ia juga digelar pembunuh senyap atau ''Silent Thief of Vision''. Gelaran ini diberi kerana pesakit tidak mempunyai simptom awal sehinggalah penyakit ini sampai ke peringkat kritikal, barulah ia disedari dan pesakit datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan awal dititikberatkan sebelum ia menjadi serius. Semoga majlis ini memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai penyakit glaukoma dan betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal mata....

  
DREAMS COME TRUE
 Update on: 12/3/2018
 Impian adik Muhammad Akmalrul Haikal bin Affizan , pesakit dari Wad Pediatrik telah tercapai apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah merealisasikannya dengan bersama-sama menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 12 pada 7 Mac 2018.

Beliau juga sangat teruja apabila dapat melihat sendiri jentera bomba dari jarak dekat serta memakai pakaian seragam bomba yang selama ini menjadi idamannya. Majlis turut dihadiri oleh YS Tuan Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wilayah Persekutuan, Prof. Nazirah bt Hasnan , Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), Prof Azura bt Mansor , Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) serta beberapa pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta PPUM.

Terima kasih Abang Bomba dan Kakak Bomba di atas kesudian hadir ke majlis ini serta semua yang menyumbang untuk merealisasikan impian Adik Muhammad Akmalrul. Semoga adik cepat sembuh serta kerjasama erat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dapat diteruskan di masa-masa akan datang....

  
FIQH WOMEN & FAMILY WORKSHOP
 Update on: 1/3/2018
 Pada 28 Februari 18 telah berlangsungnya satu bengkel Fiqh Wanita bersama Ustazah Maznah Daud dan juga Ustazah Sharifah Zahidah bertempat di Auditorium Menara Selatan, PPUM. Dengan membincangkan topik Taharah & Solat serta Keluarga Cemerlang , Kerjaya Gemilang....

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my