ADDRESS
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
- Email : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
Phone No : 03-79494422
Fax : 03-79492030
WEBSITE
- WEBSITE : www.ummc.edu.my
November 2017
Update on: 28/11/2017
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 2017 telah dianjurkan pada 27 November 2017 untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan perkerjaan kepada staf-staf PPUM.
Majlis ini juga bertujuan menghargai jabatan-jabatan dan individu yang komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan perkerjaan sentiasa berkeadaan terbaik.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sempena sambutan ini. Antaranya adalah pertandingan Fire Drill, pertandingan Sudut OSHE, dan ceramah tentang Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan.
...Update on: 28/11/2017
Sejak 2014, Maybank melalui Group Risk TLC2U telah menjalankan aktiviti kesukarelawanan setiap bulan, dan majlis penutup akan diadakan setiap tahun. Pada tahun 2014, Maybank telah berbesar hati untuk berkerjasama menjadikan salah sebuah bilik di tingkat 6 KKWK menjadi perpustakaan mini.
Pada tahun ini, Maybank sekali lagi berbesar hati untuk mengindahkan sebuah bilik penyusuan di Tingkat 6, Wad Pediatrik. PPUM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Maybank atas kerjasama yang terjalin. Semoga kerjasama ini berterusan di masa akan datang.
...Update on: 24/11/2017
Pada 21 November 2017, Jabatan Pediatrik telah berkerjasama dengan Jabatan Kejururawatan dan Jabatan Dietetik serta Polis Diraja Malaysia untuk mengadakan sambutan Universals Children Day dengan tema "Stop Violence Against Children".
Pada sambutan ini, adik-adik daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Jalan Batu telah membuat penambilan khas dengan mempersembahkan nyanyian dan tarian tradisional Melayu. Sambutan pada kali ini turut mendapat sokongan daripada Astro Ceria, Nestle Nutrition Institute dan Giant.
...Update on: 14/11/2017
Physio Fun Run 3.0, Plaza Tugu Negara, 11th Novermber 17...
Update on: 14/11/2017
UMMC Post Flood Mission 2017, Kedah...
Update on: 14/11/2017
Perasmian Pusat Penyelidikan MRI Universiti Malaya oleh YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Pusat Penyelidikan MRI Universiti Malaya dengan kos RM 12.2juta dibangunkan dengan geran penyelidikan berimpak tinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, dan merupakan pusat penyelidikan dengan kerjasama Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
...Update on: 8/11/2017
Lawatan dan program bertemu pesakit oleh Lembaga Zakat Selangor. Di antara objektif program adalah menyantuni pesakit yang membuat rawatan semasa, mengenalpasti golongan sasaran yang layak diberikan bantuan dan membantu pesakit yang tidak berkemampuan menjelaskan tunggakan kos rawatan mereka.
Semoga program ini mencapai objektifnya dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban pesakit terutamanya bagi pesakit berugama Islam yang tinggal di Selangor....
Update on: 8/11/2017
Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun penubuhan PPUM, Kolej Sains Kesihatan PPUM telah menganjurkan Run for Autism 2017 untuk mengajak masyarakat bersama-sama pesakit autism dalam rangka menyelami perasaan pesakit-pesakit ini....
Update on: 8/11/2017
Parkinson Day Celebration on 4th November 2017
...
Update on: 8/11/2017
Lawatan rasmi Naib Canselor Universiti Malaya YBhg. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim bin Hashim ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk kali pertama....
Update on: 8/11/2017
28 October 2017
Taman Rekreasi Bukit Jalil...
News Archive