Arkib Berita



Mac   2019


  
LAWATAN AMAL EXCO KEBAJIKAN ANGKATAN KEJURUTERAAN ISLAM UM
 Dikemaskini Pada: 3/29/2019
 

Pada 29 Mac 2019, seramai 19 orang pelajar dari Exco Kebajikan Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya telah mengadakan lawatan amal ke Wad Pediatrik, PPUM. Semoga lawatan amal ini dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
LAWATAN KE WAD PEDIATRIK PPUM OLEH POLIS KONTIJEN KUALA LUMPUR
 Dikemaskini Pada: 3/27/2019
 

Pada 27 Mac 2019, Majlis Lawatan ke Wad Pediatrik PPUM oleh Polis Kontijen Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Polis ke- 212 tahun telah berlangsung dengann jayanya. Sesungguhnya sumbangan yang disampaikan kepada para pesakit amat bermakna dan mampu menceriakan mereka yang menerima rawatan di PPUM.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia khususnya kepada Polis Kontijen Kuala Lumpur sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 tahun ini serta kesudian meraikannya di PPUM.

...

  
SEMINAR PEMULIHAN JURURAWAT 2019
 Dikemaskini Pada: 3/27/2019
 

Pada 27 Mac 2019, telah berlangsung buat julung kalinya Seminar Pemulihan pada tahun ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Profesor Madya Dr. Nazirah Binti Hasnan. Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), PPUM. Syabas di atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak untuk seminar ini.

...

  
LAWATAN UMCAS KE JABATAN PERUBATAN PSIKOLOGI
 Dikemaskini Pada: 3/22/2019
 

Pada 22 Mac 2019,pihak University Malaya Center Addiction Sciences (UMCAS),telah membawa rombongan tetamu di bawah program “Fellowship Programme in Addiction Medicine” di bawah anjuran UMCAS yang terdiri daripada dokotor-doktor dan pakar psikologi untuk melawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi latihan Methadone Maintanance Therapy (MMT) kepada pelawat selain melawat ke pusat –pusat perkhidmatan Methadone Therapy seperti AADK ,IKHLAS,dan NSEP.

...

  
LAWATAN KERJA FASILITI PROGRAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN TIBI DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 3/22/2019
 

Pada 22 Mac 2019, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pihak World Health Organization (WHO) telah mengadakan satu lawatan kerja ke fasiliti program kawalan dan pencegahan TiBi di PPUM. Sebanyak 15 orang dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia dan WHO turut hadir bersama lawatan ini.

...

  
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MSU KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 3/21/2019
 

Pada 21 Mac 2019, seramai 20 orang Pelajar Diploma Kaunseling dari Management Science University MSU telah mengadakan lawatan sambil pelajar ke Jabatan Perubatan Psikologi dan Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling, PPUM. Semoga lawatan perkongsian ilmu ini dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 3/14/2019
 

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut setiap tahun pada Hari Khamis minggu kedua Bulan Mac. Pada tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada hari ini iaitu 14 Mac 2019. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Mulia Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Semoga Seminar Buah Pinggang yang turut diadakan pada hari ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta yang hadir dan ilmu ini akan menjadi panduan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

...

  
KARNIVAL SUKAN KOLEJ SAINS KESIHATAN KE-3
 Dikemaskini Pada: 3/11/2019
 

Pada 10 Mac 2019 telah berlangsungnya Karnival Sukan Kolej Sains Kesihatan buat kali ke-3 dengan penuh kemeriahan. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Semoga pelajar dapat membudayakan senaman serta aktif di dalam aktiviti sukan disamping kecemerlangan yang tinggi di dalam bidang akademik.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my