Arkib Berita



September   2019


  
PENCAPAIAN ANUGERAH EMAS DI INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY
 Dikemaskini Pada: 9/30/2019
 

TAHNIAH DI ATAS PENCAPAIAN ANUGERAH EMAS DI INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2019 DI TOKYO, JEPUN

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) dari Jabatan Farmasi di atas kejayaan merangkul Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2019 di Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 23 hingga 26 September 2019. Pasukan tersebut yang dikenali sebagai The Dynamite telah membentangkan projek QIT bertajuk "Re-Engineering The Workflow at The Outpatient Pharmacy Due To Inconsistent Achievement of Objective Quality".

Pasukan tersebut merupakan salah satu di antara 36 kumpulan Team Excellence (TE) yang meraih Anugerah Emas pada konvensyen tersebut selepas bersaing dengan 352 kumpulan dari 15 negara termasuk Amerika Syarikat, Bangladesh, China, Filipina, Indonesia, India, Jepun, Korea, Mexico, Mauritius, Singapura, Thailand, Taiwan, United Kingdom dan Zambia.

Konvensyen ICQCC merupakan acara tahunan yang diadakan di peringkat antarabangsa di dalam jaringan kawalan kualiti (QC) yang berkongsi amalan terbaik pelbagai inisiatif peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelangan.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasukan The Dynamite dari Jabatan Farmasi di atas pencapaian tersebut.

...

  
MAJLIS DIALOG PENGURUSAN PPUM DAN STAF PPUM
 Dikemaskini Pada: 9/26/2019
 

Pada 20 Sept. 2019, PPUM telah mengadakan majlis Dialog di antara Pengurusan PPUM dan staf PPUM. Seramai lebih kurang 140 orang staf dari pelbagai kategori dan gred jawatan telah menghadiri sesi dialog ini.

Objektif dialog adalah untuk memberi peluang kepada staf membuat pertanyaan dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan di PPUM serta mendapatkan penjelasan dan tindakan yang telah dijalankan oleh Pengurusan PPUM bagi memastikan perkhidmatan di PPUM terus cemerlang. YM Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah PPUM turut hadir semasa sesi dialog tersebut.

...

  
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2019
 Dikemaskini Pada: 9/25/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2019 yang telah dirasmikan oleh Puan Che Zuraini Binti Sulaiman. Timbalan Pengarah Ikhtisas PPUM. Sejajar dengan tema “Safe and Effective Medicines for All”, marilah kita sama-sama meraikan dan menghargai peranan Pegawai Farmasi dalam memastikan keselamatan pengubatan dalam penjagaan kesihatan serta mengukuhkan keyakinan pesakit untuk mematuhi pengambilan ubat-ubatan.

...

  
MALAYSIAN DIETITIANS DAY
 Dikemaskini Pada: 9/25/2019
 

Pada 24 September 2019 telah berlangsungnya Malaysian Dietitians’ Day yang telah dirasmikan oleh Puan Che Zuraini Binti Sulaiman. Timbalan Pengarah Ikhtisas PPUM. Dengan bertemakan “Dietitians Beat High Blood Pressure” dan diharapkan warga PPUM khususnya dapat mengambil kesempatan bagi mempelajari dari Pegawai Dietetik berkenaan panduan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.

>...

  
18TH ASIAN SPINAL CORD NETWORK CONFERENCE 2019
 Dikemaskini Pada: 9/19/2019
 

18th ASIAN SPINAL CORD NETWORK CONFERENCE 2019

...

  
MAJLIS PELANCARAN RASMI PERSATUAN KAUNSELING GENETIK MALAYSIA (GCSM)
 Dikemaskini Pada: 9/13/2019
 

Majlis pelancaran rasmi Persatuan Kaunseling Genetik Malaysia (GCSM) oleh YB Dr Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 10 September 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Turut hadir Encik Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM. Majlis ini diadakan bersempena dengan bengkel Kaunseling Genetik dan Genomik yang julung kali diadakan di Malaysia. PPUM merupakan salah institusi di Malaysia yang menawarkan servis kaunseling genetik dan menjadi rujukan utama bagi servis genetik klinikal. Kaunseling genetik diberikan oleh pakar genetik klinikal dan kaunselor genetik yang dilatih dan melalui sesi kaunseling genetik, ia memastikan individu memperoleh maklumat menyeluruh dan sokongan psikososial yang berterusan untuk membantu individu membuat pilihan terbaik untuk diri mereka sendiri.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my